“Bukan selalu dpt tgk Tokti muka bangun tidur” – Netizen

Apa jua tindak tanduk penyanyi kesayangan ramai iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa Tokti ini kerap menjadi perhatian masyarakat kita. Ialah, kalau sudah namanya bergelar selebriti tanah air, apa jua yang di kongsikan di media sosial pasti akan menarik perhatian para netizen untuk memberikan reaksi mereka terhadap perkongsian berkenaan.

Pemilik nama Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti ini, selain daripada masih lagi aktif sebagai penyanyi, Tokti juga kini aktif sebagai seorang usahawan. Tokti mempunyai pelbagai rangkaian produk kecantikan di bawah jenama Simplysiti. Di samping produk kecantikan, Tokti juga mempunyai label pakaian dan juga tudung.

Menyingkap sisi peribadi pelantun lagu Anta Permana ini, beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih mesra di panggil Datuk K oleh para peminat sekitar tahun 2006. Perkahwinan pasangan tersebut sehingga kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Pada usia beliau mencecah 43 tahun kini, selebriti itu kini telahpun mempunyai dua orang buah hati meskipun pada awal perkahwinan beliau dahulu, beliau dan suaminya di kurniakan zuriat agak lewat.

Walaupun memperoleh anak sulung di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat kedua- dua anak beliau. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat anak- anaknya.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah anak sulung Tokti iaitu Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah dirinya ketika zaman muda.

Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat. Mahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.5 juta orang para pengikut.

Menerusi perkongsian terkini Tokti di Instagram, penyanyi berkenaan memuatnaik video tutorial mekap menggunakan produk kosmetik terbaru daripada syarikat beliau iaitu Simplysiti.

Menurut Tokti, produk berkenaan merupakan keluaran terbaru yang di hasilkan oleh syarikat beliau dan boleh di dapati di platform beli belah terkenal dalam talian.

Pada permulaan video, Tokti telah memaparkan wajah asli diri beliau tanpa secalit mekap. Wajah mulus Tokti itu memperlihatkan kulitnya yang bersih malahan seolah-olah usia Tokti seperti berusia di awal 30 an kerana mempunyai wajah yang sangat bersih dan cantik.

Ramai yang memuji wajah asli Tokti tanpa secalit mekap itu. Tidak kurang juga yg berkata bahawa wajah Tokti saling tidak tumpah sepertimana wajah ibundanya iaitu Mak Salmah.

Netizen berpendapat sekiranya Tokti menginjak ke usia emas nanti, berkemungkinan besar wajahnya akan berubah seperti Mak Salmah berikutan wajah mereka berdua yang amat serupa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut terpukau dengan kecantikan asli wajah penyanyi nombor satu negara itu.

Malahan ada yang berpendapat bahawa wajah Tokti kelihatan sama cantik sama ada tanpa mekap atau pun memakai mekap. Berikut pula dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat di ruangan komen.

Muka Tokti sangat natural beauty. Daripada zaman lagu Jerat Percintaan sampailah sekarang dah anak dua orang Tokti masih tetap nampak muda remaja.

Bukan sahaja cantik malahan keperibadian penyanyi berkenaan yang sangat merendah diri serta mudah di dekati juga sentiasa menambat hati para peminat beliau yang sejak dari dahulu sentiasa menjadi tonggak utama di sebalik kerjaya seninya.

Sumber: ig CTDK

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!