“Budak2 tmpt dilarang tula dimainnya, selalu bagi kita risau” – Netizen

Bukan mudah menjadi ibu bapa yang sedang membesarkan anak kecil. Adakalanya para ibu bapa boleh terkena “srangan jntung” ketika perlu menghadapi kerenah anak-anak yang bermacam ragam. Anak-anak pada usia sedemikian belum boleh membezakan perkara atau perbuatan yang baik mahupun yang tidak baik. Apa jua aktiviti yang bakal mendatangkan bahaaya juga perlu dipantau sepenuhnya oleh ibu bapa supaya tidak berlaku sebarang kmlangan jiwa.

Bagaimanapun adakalanya ragam anak-anak yang liat dan asyik dengan perasaan mereka yang ingin mencuba menyebabkan para ibu bapa menjadi kurang sabar dan terpaksa bertegas. Begitulah yang dialami oleh pelakon drama bersiri Nur iaitu Amyra Rosli.

Amyra Rosli mendirikan rumahtangga dengan pelakon yang bergandingan dengan beliau ketika menjayakan drama Tersuka Tanpa Sengaja iaitu Amar Baharin pada 11 November 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017 dan Ayra Aryssa pada 1 Feb 2020.

Menerusi instagram Amyra telah berkongsi ragam kedua-dua anaknya yang sedang menghabiskan masa dan membuat aktiviti di rumah ketika PKP.

Beliau berkongsi rasa risau bersama para peminat namun tetap melayani kerenah kedua-dua anaknya yang ingin bermain di tangga bersama walaupun sudah di larang oleh beliau.

Netizen yang juga  mempunyai anak sebaya Amyra turut berkongsi perasaan yang sama. Sudah menjadi lumrah dan sifat anak-anak kecil yang mempunyai perasaan ingin tahu dan suka mencuba sedikit lasak dalam usia begitu.

Para ibu bapa yang menjadi pengikut Amyra di instagram memahami kerisauan Amyra namun meminta Amyra bersabar melayani gelagat anak-anaknya. Berikut dikongsikan komen netizen yang terhibur menonton video anak-anak Amyra.

Ada yang memberikan cadangan untuk meletakkan pagar keselamatan di tangga untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.

Rumah ada tangga ni mak-mak automatic jadi tarzan kan. Terhibur betul dengan perangai anak-anak Amyra ni. Comel betul abang dan adik.

Sumber : ig amyra rosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!