“Alamak Cik Ani keluar carutan terus haha, kan dan mendapat Chef” – Netizen

Nama besar chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dipanggil sebagai Chef Wan ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Anak kelahiran negara seberang Singapura ini telah berpindah ke Kuala Lumpur sejak dia berumur tiga tahun lagi. Chef Wan merupakan anak sulung dari tujuh beradik dan telah berkahwin ketika dia berumur 25 tahun.

Chef Wan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohd Nazri dan Serina Redzuawan. Selain menjadi seorang chef selebriti yang dikenali, dia juga merupakan seorang pengacara, penulis dan juga berbakat dalam lakonan.

Noraini Abdullah atau lebih dikenali sebagai Cik Ani merupakan ibu tersayang kepada Chef Wan. Sering berkongsi video tentang kehidupannya bersama para peminat dan orang ramai, pasti ramai yang sudah tahu tentang gerangan Cik Ani yang sering menjadi sebutan kerana gelagat lucunya.

Chef Wan juga sering memuatnaik video ibunya itu ke sosial media dan sering mendapat pujian dari netizen kerana sikap Chef Wan yang terlihat amat menyayangi ibunya.

Tidak pernah berkira ketika berbelanja untuk ibu, sebelum ini Chef Wan sering berkongsi membeli barangan berjenama untuk ibu dan menghias rumah ibunya itu dengan cantik agar Cik Ani gembira dan senang.

Peningkatan usia yang dialami oleh Cik Ani telah menyebabkan dia sering tidak ingat dan tidak sedar dengan perbuatan dan percakapannya.

Video yang baru dimuatnaik oleh Chef Wan ini mendapat perhatian dari para artis dan netizen ketika melihatĀ  gelagat antara dua beranak ini.

Mendengar bahasa yang agak kasar dikeluarkan oleh Cik Ani itu membuat para netizen terhibur kerana mereka tahu Cik Ani memang tidak bermaksud untuk berkata begitu.

Perkara ini bermula kerana angkara anaknya itu yang menidakkan bahawa dirinya memang sudah pun mandi.

Rakan artis seperti Fara Fauzana, Awal Ashaari, Ziana Zain dan ramai lagi masing-masing tidak melepaskan peluang untuk turut memberi komen tentang video tersebut.

Ada diantara mereka turut memuji sikap sabar dan kasih Chef Wan dalam menjaga ibu tercintanya itu.

Memang terhibur sungguh melihat gelagat Cik Ani memarahi Chef Wan kerana diajak mandi itu. Kasih sayang antara keluarga ini memang wajar dijadikan contoh kerana kasih sayang antara keluarga memang tidak dapat dipisahkan walau apa pun yang terjadi.

Didoakan semoga Cik Ani sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa gembira dalam kehidupan disamping keluarga tersayang.

Sumber: Instagram Chef Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*