“Buat je kerja pembersihan, tak perlu byk mulot” – Adam Corrie

Di mana-mana rancak sekarang ini mngsa musibah bnjir membuat kerja pembersihan di kediaman masing-masing memandangkan air bah yang mulai surut. Dalam masa sama, ramai jua yang prihatin menghulurkan bantuan membantu golongan terjejas termasuklah daripada segi tenaga untuk membersihkan rumah mereka. Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat termasuk golongan selebriti dan artis ramai yang prihatin berbuat demikian.

Pelakon, Adam Corrie atau nama Islam sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah tidak ketinggalan. Berkongsi hantarannya beberapa jam lalu, apa yang menarik perhatian netizen ialah bingkisan coretannya yang mendapat lebih 82k views dalam masa tak sampai tiga jam bersama video pendek aktiviti pembersihan sedang dilakukannya.

Apa tidaknya jika melihat sesetengah situasi sama sekarang, ada yang umpama menangguk di air yang keruh dalam ‘membantu’ mngsa bnjir ini. Kadang buat kerja menolong tak seberapa, tapi ‘riuhnya’ sahaja yang lebih.

Bangga dapat ‘up’ gambar konon membantu mngsa bnjir, padahal ‘hampeh’ sahaja. Pasti ada niat baiknya sendiri, apa pun terima kasih pada Adam yang mencoretkan kata-kata yang amat bermakna ini yang rasanya sesuai ditujukan kepada golongan berkenaan.

Tampaknya ramai netizen yang bersetuju dan mengiyakan luahan isi hati jejaka berusia 53 tahun yang kembali kepada fitrah secara rasminya pada 13 Julai 2007 ini. Eloklah kepada sukarelawan dan mereka berhajat menjadi golongan ini hadamkan apa yang dikongsikannya.

Antara yang penting katanya, pada mereka berhajat ikhlas hendak membantu, perlu sensitif dengan apa yang dihadapi mngsa seperti dikongsikan Adam. Yalah… kadang ramai terlepas pandang.

Baca dari lubuk jiwa yang dalam, memang menjentik hati kita sebenarnya yang sering alpa dalam hendak berbuat kebaikan. Menariknya, kata-kata beliau ini mengalahkan mereka yang sudah bergelar Islam sejak dilahirkan lagi. Apa pun ya… hidayah itu milikNya.

Jika melihat latar belakang bapa kepada seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee, 4 yang juga suami kepada Fazima Fuad ini, beliau rupanya memang banyak terlibat dalam kerja-kerja badan bukan kerajaan (NGO) dan kesukarelawan.

Kembara Iman Saudara Baru diwujudkan oleh Adam, satu program khusus untuk saudara baru pergi mengerjakan umrah bagi memantapkan akidah.

Beliau juga memegang jawatan dalam organisasi NGO iaitu Pengerusi Pertubuhan Kembara Iman Malaysia, Pengerusi Persatuan Usrah Fitrah Malaysia, dan Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Muallaf.

Semoga lebih ramai ‘Adam Corrie’ dalam membantu nasib golongan terjejas musibah bnjir dan meringankan beban mereka yang sedang menghadapi ujian itu. Terima kasih yang tak terhingga pada Adam Corrie dan mereka yang ikhlas membantu…

Sumber : Ig Adam Corrie Lee

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!