“Kenapa diorg sibuk sgt Bella pakai baju putih buat kerja” – Netizen

Bncana bnjir yang menimpa beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini telah memberi kesan besar terhadap masyarakat Selangor, Pahang, Kelantan juga Melaka terutamanya. Dianggap sebagai salah satu bncana besar yang pernah menimpa negara, ramai yang masih terkejut dan tidak sangka benca besar sebegini boleh berlaku dengan cepat dan sekelip mata.

Kejadian bencana yang menimpa negara ini telah mempersatukan masyarakat bagi sama-sama berganding bahu dan membantu antara satu sama lain. Bukan sahaja masyarakat biasa, para artis juga tidak ketinggalan memberi bantuan kepada mngsa-mngsa bnjir dari segi kewangan, keperluan malah tenaga kerja.

Penyanyi yang terkenal dengan lagunya iaitu Peluang Kedua ini juga tidak melepaskan peluang bagi turut sama membantu. Nur Nabila Mohd Razali mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak menjadi salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke sepuluh yang turut disertai oleh Hael Husaini, Amira Othman dan ramai lagi ketika itu.

Walau bukan rezekinya mendapat juara dalam pertandingan realiti tersebut, tetapi berkat usaha kerasnya kini nama Nabila Razali memang sudah terkenal dalam kalangan masyarakat dan peminat lagu tanah air.

Siapa sangka dahulunya sering mendapat cacian dan tomahan akibat vokalnya yang dikatakan kurang bagus, dia kini berjaya menempa nama besar dalam industri hiburan tanah air ini.

Jika dahulu Nabila Razali sering mendapat tumpuan dek kerana nyanyiannya, tetapi lain pula yang terjadi kali ini apabila baju yang dipakai olehnya pula menjadi perhatian warganet.

Nabila memuatnaik video dan gambarnya yang sedang bertungkus-lumus membersihkan rumah salah seorang mngsa bnjir yang dipenuhi lumpur di laman Instagramnya bagi tujuan berkongsi bersama para peminat.

Dia mula mendapat perhatian kerana baju yang dipakai olehnya ketika menjadi sukarelawan pada hari tersebut adalah putih.

Ramai yang risau dan mempersoalkan pemilihan baju yang dibuat oleh Nabila Razali itu kerana dikatakan tidak sesuai bagi melakukan aktiviti pembersihan yang tentunya sangat kotor dengan lumpur, habuk dan sampah.

Walaupun begitu, ramai juga yang masih memuji sikap baik dari Nabila Razali yang turut serta menjadi sukarelawan bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh mngsa-mngsa bnjir tersebut.

Para peminat juga mengatakan bahawa perbuatan baik yang dilakukan oleh Nabila yang patut menjadi sorotan para netizen dan bukan perkara remeh seperti pakaiannya.

Memang benar kata segelintir netizen dan peminat yang mengatakan bahawa kita tidak perlu mempersoalkan perkara baik yang dilakukan seseorang itu dengan sesuatu yang tidak penting dan remeh.

Syabas diucapkan untuk Nabila Razali kerana turut turun padang membantu mngsa-mngsa bnjir walaupun dia merupakan seorang selebriti terkenal.

Sumber: Instagram Nabila Razali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pytright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!