“Tk sngka Iman ni suara sedap tpi lagu sendiri tk bp best” – Netizen

Aliff Aziz masih berpeluang untuk minggu ke 6, minggu tersebut minggu berduet bersama tetamu undangan. Aliff Aziz berpeluang berduet bersama Iman Troye, tetapi para peminat pula menyuarakan kerisaauan apabila menyatakan mereka sukar untuk mendapat keserasian menyanyi bersama. Sebelum persembahan, netizen risau akan keserasian antara Iman Troye dan Aliff Aziz. Tetapi, selepas persembahan Gegar Vaganza 2021 berlangsung dan Iman Troye membuat persembahan bersama Aliff Aziz, ia mendapat sokongan dan komen yang baik.

Memuji keserasian mereka berdua dalam menyanyikan lagu Dibelengu Rindu nyanyian asal Dato Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Pihak juri juga memberikan pujian dan mereka menjayakan persembahan dengan baik sekali. Gabungan nada melodi dua penyanyi ini berjaya dan tidak mengecewakan. Apalah netizen ini, belum apa-apa sudah meletakkan tanggapan sebegitu.

Tetapi, selepas mereka selesai menjayakan persembahan, dan Aliff Aziz masih berjaya untuk ke peringkat seterusnya ,barulah netizen memberi kepercayaan dan sokongan. Ini bukan peminat Aliff Aziz yang memberi tanggapan kerana peminat beliau memang mempercayai beliau sehingga sentiasa menyokong dengan memberikan undian sepenuhnya setiap minggu.

Selepas Aliff, Iman juga tidak dapat lari daripada pandangan dan pendapat netizen. Selepas persembahan, netizen menyatakan bahawa suara Iman Troye lebih merdu daripada menyanyikan lagu sendiri. Manakala jawapan dari peminatnya pula, pendengaran masing-masing kerana padanya sama sahaja suara Iman Troye. Alhamdulilah sedap je kedua-dua penyanyi itu bergabung.

Aliff Aziz, pasangan Bella Astillah, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Kedua-dua ialah pasangan artis dalam bidang nyanyian dan telah menapak lebih 2 tahun didalam industri tersebut. Aliff Aziz yang dulu popular dengan lagu Sayang-Sayang dan Bella pula popular dengan lagu Tenang.

Iman Troye pula seorang penyanyi baru menerusi instagram dengan membuat ‘cover’ lagu di instagram. Sudah 4 tahun bertapak di industri, dan kina masih bergiat aktif.

Aliff Aziz kembali aktif dengan menyertai Gegar Vaganza 2021, apabila Gegar Vaganza 2021 menawarkan penyertaan tersebut. Dan Aliff menyetujui dan sehingga kini masih berada didalam pertandingan tersebut. Tidak mengharap kemenangan, namun masih cuba buat yang terbaik sentiasa. Antara komen yang menyatakan pandangan mereka terhadap duet Aliff.

Semoga kejayaan menyebelahi Aliff Aziz, dan kepada para peminat, jalankan tugas anda mengundilah artis pujaan anda. Iman Troye dah ada azam baru ke 2022?

Sumber: IG iamaliffaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!