“Boleh senyum lagi ea, kalau aku da jadi siinga”- Netizen

Tidak dinafikan bahawa menjadi ibu bapa di fasa anak-anak masih kecil ini sangat mencabar. Mereka sudah semestinya ingin selalu mendapat perhatian daripada orang tua mereka, kalau tak dapat perhatian, adalah kejap lagi diorang buat hal, nangis lah, merajuk lah dan sebagainya. Adui, tak menang tangan dibuatnya, tapi nak buat macam mana lagi kan.

Lebih-lebih lagi jika ibu bapa ada banyak kerja, sampaikan bila dah balik rumah pun, masih kena sambung settle kan kerja yang tergendala tu, nak-nak pula jika mereka sejenis yang buat bisnes online, harus segera melayani permintaan customer.

Begitulah agaknya yang sering dihadapi oleh Adira. Sedia maklum beliau sudah pun mempunyai beberapa orang anak kecil dan tak lama lagi akan tambah lagi baby baru. Yeay tak sabar nak tunggu kelahiran nya.

Beliau yang kini sudah mempunyai bisnes nya sendiri, kelihatan agak sibuk dek kerana hal urusan anak-anak pun beliau harus uruskan. Anak nya pula jenis banyak akal, terlebih penat lah jadinya, jadi kalut dibuatnya.

Beliau juga sering memuat naik telatah anak-anak nya tu. Dah nampak ye perangai sorang-sorang, suka kacau ibu, nasib baik ibu sejenis yang penyabar tau. Kalau tak dah lama kena gigit sorang-sorang. Sabar je tau.

Ada dimuat naik video beliau yang sedang membuat kerja di rumah, tapi nampaknya tak tenang je tengok beliau. Mana tak nya, anak lelakinya itu duduk bergayut belakang ibunya, haa, manalah tak tenang buat kerja kan.

Bukan saja bergayut, siap kacau sibuk nak tekan laptop tau. Kalau tengah bekerja, mana boleh tersalah tekan, nanti jadi salah lah apa yang sedang key in tadi tu. Adoi, pening, pening, bak kata Adira selagi tak dapat tekan, selagi tu nak ganggu ibunya.

Pun begitu, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama sebagai seorang ibu. Rasanya, bukan Adira saja yang rasai perkara sebegitu, semua ibu bapa pernah mengalami nya, tinggal kita je nak marah atau nak biarkan saja.

Sememangnya tindakan Adira mendapat pujian netizen, bak kata mereka, kalau mereka yang diganggu oleh anak-anak mereka, sudah lama mereka akan marah bertukar menjadi singe, tapi Adira ni siap tersengih lagi, penyabar betul lah.

Sumber : Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!