“Makan2 tapi peliik per0t kempis tuu” – Netizen

Biasakan tengok orang yang suka makan-makan tapi badan tak pula naik dan yang best tu per0t pun kempis. Tak la nampak ‘maju’ sangat ke depan. Di sebalik insan yang perlu mengawal badan supaya tak cepat naik, untunglah orang itu, makan banyak mana pun tubuh mereka dok maintain begitu jer… Itu boleh dilihat pada pelakon, Nabila Huda ini.

Berkongsi aktiviti percutiannya ketika berkunjung ke Hatyai, Thailand, Nabila dalam kapsyen hantaran di Instagramnya tak menafikan yang dirinya asyik saja makan.

Makan siang malam pagi petang selama enam hari di sana, anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu menyifatkan aktiviti dilakukannya itu barulah betul dikatakan istilah percutian.

Sama ada bergurau atau sebaliknya, jujur Nabila berterus-terang tentang dirinya yang memang ‘tak pernah kenyang’, bahkan sentiasa kelaparan.

Sedang menyunting video di hantarannya ini pun akuinya dia sedang lapar dan berfikir hendak masak apa di rumah. Tak melupakan percutian indahnya di Hatyai, walaupun dah balik, kata Nabila dia sudah merindui makanan di sana.

Betul, kalau menjengah video dikongsikannya, memang pelbagai jenis makanan dan minuman masa di Hatyai masuk ke mulut Nabila itu nampak sedap betul. Kalau tengah lapar, boleh meleleh air liur dibuatnya.

Bukan saja rakan artis, netizen pun ramai yang respons video menggiurkan dikongsikan Nabila itu. “She hebat”, coret pelakon Salina Saibi. “Bole geng babe.. Love food hunter” – pelakon, Jue Aziz.

Lebih membuktikan perkongsian Nabila itu memang mengundang rasa terliur apabila pelawak, Jihan Muse juga mencoret: “Hmmm aku ni ngandung tau.. meleleh air liur tlg lap”. Huh.. memang Jihan tak tahan tu…

Apa pun memang gamaknya Nabila ni metabolisme nya tengah tinggi. Makan banyak macam tu pun, badannya elok dapat dikekalkan. Yang penting perut pun taklah nampak tebal sangat.

Begitupun, kita tahu gaya hidup Nabila pun memang aktif. Biasa kalau orang aktif ni, memang kuat makan, tapi banyak jadi tenaga kan… Bagi yang nak makan banyak tu, jangan lupa jaga kesihatan k…

Sumber : IG Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!