“Bila Fattah Amin di Fazurakan, kelakar sgt tengok Faz ni” – Netizen

Bidang perniagaan telah ramai yang ceburi termasuklah golongan selebriti. Selain mereka sibuk berlakon, mereka juga banyak fokus kepada perniagaan masing-masing lebih-lebih lagi ketika musim PKP. Ramai selebriti memulakan perniagaan ketika itu dan ada juga sudah mula berniaga sebelum musim pandemik. Tidak terkecuali, selebriti popular Fazura juga antara yang aktif menjalankan bisnes miliknya.

Seperti yang ramai ketahui, Fazura aktif dengan perniagaan tudung dan barang kosmetik di bawah naungannya. Di sebalik kejayaan Fazura, adanya orang kuat dan tulang belakang buat Fazura iaitu suaminya sendiri Fattah Amin.

Secara umumnya, ramai mengenali suami Fazura iaitu Fattah Amin yang cukup romantik dengan isterinya. Walaupun usianya lebih muda berbanding Fazura, hubungan mesra mereka membuatkan netizen suka melihat pasangan selebriti ini.

Malah baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan gandingan mereka berdua telah dikongsi oleh Fazura sendiri di Instagram miliknya.

Video tersebut yang melihatkan Fattah dipakaikan salah satu produk milik Fazura sambil dibantu oleh isterinya. Ternyata gandingan mereka cukup serasi dan membuatkan ramai netizen suka melihat suami isteri ini.

Video itu juga hanyalah bertujuan untuk mempromosikan produk milik Fazura dan dimuatnaik sepenuhnya di laman Youtube.

Cukup mesra ya Fazura dan Fattah dalam video tersebut. Sungguh serasi bersama. Tak dinafikan mereka antara pasangan yang romantik dalam kalangan pasangan selebriti Malaysia.

Video Fazura dan Fattah itu juga telah menerima 62,000 tontonan dan pelbagai respon daripada netizen.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan suka tatkala melihat pasangan romantik ini. Ramai peminat FazuraFattah kan…

Serasi betul tengok Fazura dengan Fattah. Suka tengok gandingan suami isteri yang sama cantik sama padan ni.. Fatimah pun boleh join lepas ni kot kan hehe….

Sumber: instagram missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!