“Bila mak kau sergah time kau feeling2 layan Tiktok” – Reen Rahim

Aplikasi Tiktok sudah menjadi popular dalam kalangan netizen. Ramai menjadikan Tiktok sebagai sumber media terkini kerana lebih menepati citarasa dan kehendak yang sebenar. Melihat pada aplikasi Tiktok, ia lebih kepada video dan kreativiti masing-masing. Dalam meniti arus kemodenan ini, penggunaan media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, Twitter juga telah dimiliki oleh semua orang tidak mengira usia.

Malah, pengguna media sosial juga kebanyakannya lebih suka untuk meneroka dan mencuba perkara baru.
Jika dilihat dari segi populariti, aplikasi Tiktok sekarang meningkat naik berbanding dengan aplikasi media sosial yang lain.

Ramai selebriti Malaysia juga aktif menggunakan Tiktok termasuklah pelakon popular Reen Rahim. Mereka menggunakan Tiktok sebagai satu platform buat mereka untuk menjalankan perniagaan dengan kreativiti yang tersendiri.

Reen Rahim pun antara selebriti yang menjalankan perniagaan dan sering memuatnaik video di Tiktok.

Lebih melucukan lagi apabila Reen Rahim sendiri berkongsi pengalaman ‘diganggu’ ibunya ketika sibuk merakam video di Tiktok di dalam kereta.

Bukan Reen Rahim sahaja mengalami situasi begini, anda pasti pernah lalui situasi sebegini kan? Baru feeling-feling buat video Tiktok, tiba-tiba disergah. Hehe…

Lucu betul melihat wajah terkejut Reen Rahim ketika disergah ibunya. Video yang dikongsi Reen Rahim di Instagram membuatkan ramai netizen turut sama terkejut dan terhibur melihat video tersebut.

Sementara itu, video Reen telah mencapai 97,000 tontonan dan pelbagai reaksi netizen dapat dilihat di ruangan komen.

Sebekum ini juga, Reen banyak berkongsi video gelagatnya bersama ibu tercinta. Dan Reen juga aktif dengan perniagaannya walaupun sibuk berlakon.

Sportingnya ibu Reen Rahim. Tapi bila kena sergah time tengah buat video tu, memang terperanjat lebih. Lagi-lagi mak kita yang sergah tu hehe..

Sumber: instagram Reenrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!