“Biasalah anak pertama, kalau nak masuk 5 tak dan nak buat video” – Netizen

Sudah adat menjadi selebriti yang di kenali ramai, setiap gerak geri pasti akan menjadi perhatian orang ramai. Pasangan sensasi Neelofa dan PU Riz telahpun di kurniakan zuriat pertama mereka pada 29 Januari yang lalu sekitar jam 3.44 petang. Setelah 7 hari di lahirkan barulah pasangan ini mengumumkan nama bagi anak lelaki sulung mereka iaitu Muhammad Bilal.

Berkongsi detik sebelum melahirkan Muhammad Bilal, Neelofa berkata dirinya tidak dapat membezakan s4kit kontraksi dengan senggugut kerana kes4kitan yang dirasai hampir sama.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu juga memberitahu dirinya yang masih tidak percaya akan bersalin biarpun sudah dimasukkan ke ‘labour room’.

Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab yang setia menemaninya.

Setelah melahirkan Muhammad Bilal, Neelofa menjalani proses berpantang di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Ibu Neelofa, Datin Noorkartini Noor Mohamed dilihat turut berkongsi beberapa sajian berpantang seperti lauk pauk yang diperap dan bubur nasi yang disediakan untuk Neelofa.

Setelah selesai proses berpantang, Isteri kepada pelakon dan pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz itu turut berkongsi telah pun pulang ke rumah pada ruangan di Insta Story.

Neelofa turut berkongsi bahawa sebelum berpantang, laksa Johor adalah makanan terakhir yang sempat dijamah beliau.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama buat anak mereka, pasangan itu mendedahkan bahawa makna nama Muhammad Bilal itu cukup istimewa kerana Muhammad merupakan nama Nabi kita yang membawa maksud ‘yang terpuji’ dalam Bahasa Arab.

Manakala Bilal pula membawa maksud ‘bulan purnama’ dan ‘kemenangan’. Malahan nama Bilal sendiri merupakan nama seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga merupakan muazin pertama dalam sejarah islam.

Kongsi PU Riz, beliau dan Neelofa sepakat menggunakan panggilan Abah dan Umi. Keserhanaaan pasangan ini dalam menggunakan nama panggilan buat anak- anak menerima perhatian daripada para pengikut dan juga warganet yang merasa tertarik dengan panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu.

Warganet memuji panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu sebagai Umi dan Abah meskipun kebanyakkan para pasangan artis popular yang lain menggunakan panggilan Mummy dan Daddy kerana mahu seiring mengikuti peredaran zaman dengan menggunakan panggilan yang lebih moden.

Meskipun sudah hampir dua bulan melahirkan Muhammad Bilal, Neelofa membuat keputusan untuk tidak mendedahkan lagi wajah anaknya itu kepada umum namun sudah mula berkongsi berkenaan kehamilan dan bayinya di media sosial.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram peminat Neelofa, satu video yang memaparkan detik istimewa di saat Neelofa mengetahui dirinya sedang hamil telahpun di kongsikan di laman media sosial berkenaan.

Video berkenaan menunjukkan pelakon Suri Hati Mr Pilot itu seakan tidak percaya bahawa dirinya ketika itu sudah pun hamil anak sulung. Usia kandungan selebriti berkenaan ketika itu juga sudah mencecah tiga minggu.

Kongsi selebriti itu lagi, kitaran haid beliau sudah agak lewat menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk membuat ujian kehamilan menggunakan kit ujian kehamilan tersebut.

Bekas pengacara rancangan Meletop itu juga berkata beliau dan suaminya pada awalnya tidak pernah merancang untuk kehamilan berkenaan.

Video berkenaan pada awalnya di kongsikan oleh Neelofa di laman Tiktok peribadinya namun kemudiannya telah di kongsikan kembali oleh para peminat di Instagram berkenaan.

Menjengah keruangan komen, video tersebut mendapat perhatian para peminat Neelofa. Rata- rata para peminat turut berkongsi perasaan teruja dengan kehamilan selebriti kesayangan mereka itu.

Malahan peminat juga turut sebak menonton klip video pendek yang di kongsikan oleh Neelofa. Sementara itu, ramai juga yang memuji tindakan Neelofa yang hanya berkongsikan kehamilan beliau hanya selepas melahirkan anak sulungnya Muhammad Bilal itu.

Meskipun Neelofa masih belum mendedahkan wajah Bilal, namun beliau kerap berkongsi dengan para peminat aktiviti harian beliau bersama anak kesayangannya itu.

Mungkin itu adalah petanda bahawa tidak lama lagi Neelofa akan berkongsi wajah anaknya kepada orang ramai. Pastinya ramai sekali yang sudah tidak sabar menanti melihat wajah Muhammad Bilal.

Sebagai rekod, setelah empat bulan berkahwin, berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun bekas pengacara Meletop itu memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya dan berpendapat lebih baik berkongsi tentang kelahiran.

Namun sehingga kini, pasangan popular itu masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!