“Lara paling tak lari tempo kalau menari, nice” – Netizen

Siapa je tak kenal Lara Alana. Sememangnya anak kepada pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ini sering kali muncul dengan ragam nya yang bermacam ragam. Pasanga ini sudah pun mempunyai  dua orang cahaya mata iaitu Lara dan juga Lila. Kedua-dua adik-beradik ini sangat come. Geram

Lara yang kini sudah pun berusia 11 tahun. Tetapi lagaknya seperti orang dewasa. Sudah pandai buat itu ini. Terasa rindu pula dengan telatah nya waktu kecil-kecil dahulu. Pejam celik pejam celik, dah 11 tahun ye si budak comel ni.

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, kebanyakan sekolah-sekolah ada yang membuat sambutan hari tersebut terutamanya bagi sekolah jenis kebangsaaan Cina. Kalau anak-anak korang bersekolah di sekolah tersebut, sudah tentu korang tahu kan.

Ada dimuat naik video Lara dan juga rakan-rakan nya yang membuat persembahan  nyanyian lagu dalam Bahasa Melayu tapi comel je slang Mandarin gitu .Wah hebatnya Lara, kita tengok ni pun rasa turut nak join diorang menyanyi tau? Comel. Lagipun, sekarang ni, ramai yang daftar anak mereka ke kelas Bahasa Mandarin.

Yang sangat menarik perhatian netizen adalah ketika mana menonton video yang telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya. Segak bergaya semuanya siap pakai cheong sam lagi tau. Merah menyala tau pakaian Lara tu.

Comel sangat tengok semua anak-anak kecil tersebut yang menyanyi bersama-sama. Siap pakai spek mata hitam semuanya. Walaupun kita hanya tengok dalam video saja, tetapi tetap meriah rasa macam ada dekat hall tu dengan diorang.

Yang paling lucunya, diorang siap ada part solo tau. Alahai terharu pulak tengok masing-masing punya telatah. Dahla bukan lagi sorang-sorang punya gaya tarian sana sini, buat persembahan pun bukan main gempak lagi tau. Ini baru murid darjah 5, nanti dah fasih, lagi gempak.

Rata-rata netizen semuanya teruja dengan Lara dan juga rakan-rakan nya itu. Yelah, siapa je tak teruja tengok anak-anak buat persembahan kan ? Lebih-lebih lagi jika mereka itu adalah anak-anak kita, lagilah teruja, tersengih je tengok mereka semua.

Kalau anak-anak korang yang buat persembahan, sudah tentu korang akan sangat teruja kan ? Tengok telatah Lara pun sudah membuatkan kita semua teruja, inikan pula kalau anak-anak kita yang buat persembahan begitu. Betul tak ?

Sumber : Ig Laraalana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!