“Cantiknya Che Ta pakai simple macam ni”-Netizen

Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta, beliau antara salah seorang ikon fesyen yang menjadi ikutan ramai wanita Malaysia. Bila sebut sahaja nama Che Ta, pasti anda sudah membayangkan Che Ta seorang yang berpenampilan luar biasa dan bergaya mengikut trending semasa. Meskipun Che Ta hampir memasuki usia 50-an, Che Ta tetap maintain bergaya serti orang muda dan umur bukanlah penghalang buat ibu kepada tiga orang anak ini untuk terus tampil cantik bergaya.

Che Ta pun masih aktif berlakon dalam beberapa drama tempatan. Che Ta kelihatan masih maintain sihat dan bertenaga. Pernah dahulu Che Ta akui, dirinya tidak pernah makan makanan segera dan frozen untuk menjaga kesihatan.

Maka sebab itulah, Che Ta tetap kelihatan kuruus dan pandai menjaga badannya. Pemakanan pun Che Ta jaga tau dari dahulu lagi..

Baru-baru ini, Che Ta berkongsi video memakai baju raya yang simple bersama anaknya Aisyah. Tujuan video tersebut hanyalah mempromosikan produk baju tersebut. Namun mata-mata netizen lebih tertumpu kepada Che Ta.

Jarang sekali kita lihat Che Ta pakai baju yang simple, sudah tentu beliau selalu tampil luar biasa pemakaiannya. Namun kali ini, Che Ta menerusi posting di Instagram berkongai video dirinya berpakaian simple dan cantik bersama anaknya.

Jika diikutkan, perayaan raya yang bakal tiba tidak lama lagi sudah pasti Che Ta memasang beberapa baju raya yang cantik buat dirinya.

Che Ta mana pernah kalah, pasti baju yang diapakai bakal menjadi bualan hangat netizen. Tak sabarnya nak tengok OOTD Che Ta kan..

Sementara itu, video dikongsi Che Ta di Instagram telah ditonton sehingga 483,000 tontonan dan rata-ratanya menerima banyak komen daripada netizen.

Ramai netizen akui, suka melihat Che Ta berpakaian simple dan tidak berlebihan. Dan sudah mulai menduga bahawa Che Ta bakal beraya sakan tahun ini dengan beberapa padan baju raya miliknya. Amboi Che Ta..

Untungnya Che Ta dah pasang siap2 baju raya, berapa helai lah agaknya Che Ta pun baju kan…

Sumner: Instagram rozitachewan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!