“Baru nak dgr dia nyanyi live, sekali miming daa”- Netizen

Sejak single baharunya, Ku Ikhlaskan dilancarkan tujuh hari lalu, makin meletup-letup pula popularitinya hingga lagunya itu mendapat tempat di hati netizen. Ramai yang kian membuka mata terhadap bakat pelantunnya, Datuk Seri Vida atau DSV dalam menjadi penyanyi serta ada yang tidak menolak tak mustahil selepas ini beliau mampu mempertandingkan atau mempersembahkan suaranya itu khusus buat peminat dan juga pendengar di pentas penyanyi ternama lain. Tinggi juga harapan peminat terhadap kebolehan seni muzik DSV ini ya. Dan semalam tanpa mengambil masa lama, beliau naik ke pentas Big Stage 2022.

Membuat persembahan lagunya yang kian menjadi fenomena itu, tidak hairanlah ramai yang ternantikan lantunan suaranya secara langsung dari pentas terus ke halwa telinga. Begitupun, berkongsi rakaman persembahan di IG nya, terdapat pelbagai reaksi di ruangan komen hantarannya itu daripada netizen.

Antara layangan komen yang ketara adalah tentang nyanyian DSV yang dikatakan tidak dibuat secara live, sebaliknya hanya miming. Itu membuatkan ramai yang menanti-nantikan persembahannya secara langsung bagi menilai kemampuan usahawan sensasi itu berasa kecewa gamaknya.

Ada menebak DSV tidak berani menyanyi secara live. Ada pula yang menyifatkan biarlah tak berapa bagus, tetapi lebih best jika seseorang itu nyanyi secara live. Ramai juga meluahkan rasa hampa kerana miming dan lebih suka melihat DSV atau penyanyi lain sekalipun dapat menyanyi secara live.

“Baru excited nak dgr dia nyanyi live. Sekali miming daa”, “Hot..hot.. tak live singing tak best, biarlah tak sebagus recording janji nyanyi live”, “Kami nak yang live bkn miming”, ” Haukk, lipsinc pun ke laut, nyanyi apatah lagi”,

Mantap la Dato, hope miming tu sama la timing nnti. But don’t worry u’ll get improve one day I’m always support u”, Lipsync Dato nampak sgt pincang ya Dato. Need more practice”. Itu antara komen netizen.

Apa pun sejak hantarannya itu dimuatnaik 18 jam lalu, tidak pula komen berkenaan hal ‘miming’ itu dibalas oleh DSV biarpun sebelum ini pengikutnya pasti maklum, setidak-tidaknya satu dua komen pengikut di hantarannya akan dibalas oleh beliau. Belum lagi agaknya.

Terdahulu sejak lagu tersebut dilancarkan lagi ia sudah mendapat reaksi ramai kerana DSV mengeluarkan teaser dengan busana ‘pelik’ yang dipakainya. Baru sehari dilancarkan, single itu telah pun menerima lebih daripada 1 juta tontonan di YouTube dan dikatakan hingga kini sudah lebih 2 juta.

Baru-baru ini juga ramai penonton yang rengsa dengan DSV apabila dilantik sebagai Presiden Netizen untuk Big Stage yaang dikatakan tak menjalankan tugasnya dengan hanya banyak beri komen pada peserta bukan membaca Tweet seperti yang sepatut dilakukannya.

Antara jawapan DSV kepada yang mempertikaikan tugasnya dalam Big Stage 202 itu “Saya Reti Juga Pasal Muzik”. Sudah pasti melalui singlenya ini, ramai yang berharap DSV dapat membuktikan tahap kemampuan mengenai hal itu kan…

Apa pun selamat berjaya untuk DSV bagi lagu baharunya ini. Tak sabar sungguh netizen hendak mendengar DSV menyanyi secara live lagu itu. Moga tercapailah hajat netizen. Tapi dah dengar live pun, apa pun yang didengari, chill..chill saja ya..

Sumber : IG DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!