“Baju sampai tanah, tp still nampak bntuk b4dan” – Netizen

Jika sebut saja namanya, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki penampilannya akan menarik perhatian netizen. Biarlah sejak berhijab dan bergelar suri hati seorang ustaz, figura bernama Neelofa ini tetap menancap pandangan. Dengan kemasyuran nama dan kejayaannya dalam bidang perniagaan, pastinya ramai kagum dengannya dan menjadikannya idola. Apatah lagi sejak membawa imej mvslimah, bahkan berniqab.

Sebagai seorang selebriti mempunyai jutaan pengikut sudah tentu ramai yang menjadikan Neelofa sebagai ikutan dan cuba mencontohi apa saja dilakukan isteri kepada, PU Ris ini.

Begitupun penampilannya dalam hantaran kali ini menjadi tanda tanya netizen. Barangkali melihat busana biru cerah disarungnya agak moden dan menonjol, ada mempersoalkan adakah ia imej mvslimah sebenarnya.

Seakan jadi pertikaian netizen pula di ruangan komen apabila ada merasakan ia mematuhi ‘SOP’ mvslimah, manakala sebahagian yang lain merasakan sebaliknya dan mempertikai persoalan itu dibangkitkan.

“Abis takkan musalman pulak”, “Elok lagi baju ni dr baju miss universe ala kinabalu mountain tu.. apooo”, “Masha Allah gambar kedua tu cantik sgt…nampak lebih ayu menutupi bahu”, “Baju smpai tanah, tp still nmpak bent0k badan”.

Itu antara komen netizen. Ya mereka ‘risaukan’ imej Nealofa tampak terlalu moden hingga menenggelamkan perwatakan sebenar patut dibawa sebagai seorang mvslimah sejati. Prihatin sungguh netizen ya…

Rasanya tak perlu pun risau kerana Neelofa pun sudah ada pendamping setia yang lazimnya tampak prihatin dalam menjaga penampilan isterinya itu di khalayak apabila beberapa kali aksinya tular di medsos.

Ada kalanya PU Riz membetulkan busana dan ada ketikanya tular pula misalnya dia nampak sedang membetulkan tudung isterinya itu bagi menutupi sebahagian anggota tertentu.

Apatah lagi pandangan kita sebagai netizen di medsos biasanya takkan sama pada situasi live, yang mungkin di situ penampilan nampak sudah sopan dan tertutup, tapi di medsos kelihatan sebaliknya.

Bagaimanapun seperti biasa biarpun busananya nampak labuh meleret, tetapi tetap mendapat pujian ramai. Ya lah… dah orangnya gojes, bergaya macam mana pun tetap nampak sebegitu juga kan….

Sumber : IG Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!