“Baju penari sangat tak sesuai, pakai tudung pulak tu” – Netizen

Rancangan Muzik – Muzik adalah sebuah rancangan yang menghimpunkan lagu- lagu terbaik daripada penyanyi dan para pencipta lagu di pentas Anugerah Juara Lagu. Program berkenaan juga memaparkan carta mingguan lagu paling popular di Malaysia dan telah memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022.

Malam tadi telah berlangsungnya separuh Akhir Muzik-Muzik 36 sebagai sebahagian daripada proses penentuan bagi lagu yang layak ke peringkat akhir untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu ke 36. Antara lagu- lagu yang bertanding ialah lagu Cinta Jangan Pergi (Azzam Sham), Chikadun (Floor 88), Lenyap (Usop), Penat (Andi Bernadee), Rindu Separuh Ny4wa (Naqiu & Vanessa) dan Salahku (Yonnyboii). Secara keseluruhan, 30 lagu yang bertanding di pusingan separuh akhir bagi merebut peluang untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36.

Salah seorang penyanyi yang tercalon di dalam peringkat separuh akhir muzik- muzik kali ini adalah pendatang baru iaitu Iman Troye. Iman Troye atau nama sebenar beliau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin merupakan seorang penyanyi dan personaliti media sosial di Malaysia.

Nama beliau mula meraih perhatian meluas menerusi single sulungnya berjudul Teman sehingga mecipta rekod jumlah tontonan di saluran Youtube sebanyak 20 Juta. Terdahulu, bakat beliau mula di cungkil menerusi rancangan I Can See Your Voice Musim Kedua sekitar tahun 2019.

Sebagai seorang personaliti media sosial, Iman juga popular di kalangan remaja dan mempunyai sehingga 1.9 juta para pengikut di akaun Instagram peribadi beliau. Selain popular dengan lagu Teman,  Iman juga kini mempunyai single kedua yang berjudul Nang.

Menyentuh mengenai aktiviti seni pendatang baru itu, menerusi perkongsian terkini Instagram tv3 malaysia, Iman Troye telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir muzik- muzik menerusi lagu Teman.

Lagu pertama nyanyian Iman itu telah tercalon di peringkat separuh akhir Muzik- Muzik dan ianya merupakan pencapaian yang sangat baik untuk pendatang baru dalam industri hiburan buat penyanyi remaja berkenaan.

Bagaimanapun persembahan Iman Troye menerusi lagu Teman mengundang kecaaman netizen yang kurang berpuas hati dengan pakaian para penari yang mengiringi persembahan Iman Troye ketika itu.

Meskipun penampilan Iman sebagai penyanyi utama dilihat agak sopan namun pakaian para penari yang mengiringi persembahan beliau pula di sifatkan sebaliknya.

Pakaian para penari di lihat agak kurang sesuai apabila mengenakan pakaian yang agak ketat namun memakai tudung.  Gerak geri tarian yang di persembahkan sewaktu mengiringi persembahan Iman Troye juga agak kurang manis apatah lagi pula di lakukan oleh para penari yang bertudung.

Menerusi video yang kongsikan di Instagram tv3 malaysia, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan pakaian para penari latar di dalam persembahan Iman Troye itu.

Antara luahan netizen adalah kerana para penari mengenakan pakaian yang agak k3tat namun bertudung. Berikut dikongsikan komen- komen lain.

Sebagai seorang pendatang baru dalam industri hiburan dan juga faktor usia yang masih muda, berkemungkinan besar Iman agak kurang peka mengenai sensitiviti orang ramai terhadap pemakaian para penari latar yang mengiringi persembahan beliau ketika itu.

Mudah- mudahan teguran membina daripada para netizen ini sedikit sebanyak dapat memperbaiki lagi persembahan Iman di masa akan datang.

Sumber: ig tv3 malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!