“Ada tiga perkara besar yg memberi kesan pada Issey tahun 2021”- Issey Fazlisham

Selamat tahun baru. Pejam celik pejam celik sudah pun tahun baru semula. Wahal, belun dapat kecapi azam tahun sebelum, dah buat azam tahun baru. Lupakan sekejap bab azam, kita cuba imbaukan sedikit peristiwa yang mana terjadi di tahun lepas. Tidak semua yang mahu mengingati, tetapi jangan kita lupa menoleh ke belakang untuk mengingatkan kita siapa diri kita sebelum ini.

Issey, seorang pelawak, pelakon dan penyampai radio. Memuat naik 3 peristiwa yang berlaku pada beliau tahun lepas. Yang sangat memberi kesan pada beliau.

Yang pertama apabila mengetahui isterinya hamil di awal januari 2021. Itu suatu yang gembira membuatkan semua orang terharu. Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi.

Yang kedua apabila Issey dapat peluang menjadi penyampai radio di Gegar Fm. Selepas lama di Sinar Fm, beliau mencuba sesuatu baru iaitu beralih tempat bekerja. Harap akan sesuai.

Ketiga peristiwa yang memberi kesan yang baik,iaitu bergelar seorang ayah. Lahirnya putera sulung beliau, di bulan kemerdekaan pula tu. Tarikh istimewa dan anak yang memberi semangat dan kekuatan yang baru. Juga tanggungjawab bertambah.

Di sebalik kegembiraan, ada sedikit kisah duk4 yang mana Issey keluar dari Sinar Fm lalu beralih arah ke Gegar Fm. Itu dapat diketahui dari kak Sheeraijoy atau kak Sharifah Shahirah kita. Didalam ruangan komen, kak Shira bertanya “yang keluar tak bagitahu”, tanya Shira.

Issey atau nama sebenar Fazlisham bin Mat Hussin dan lebih dikenali sebagai Issey Titan. Beliau memulakan kerhaya seni dengan menyertai rancangan Raja Lawak dan Bintang Mencari Bintang.

Lahir pada 26 Jun 1987. Sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodoh tidak panjang, tetapi sudah menemui jodohnya dan sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Tahniah diucapkan kepada Issey semoga terus berjaya di dalam bidang yang diceburi.

Sumber: ig isseyfazlisham

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!