“Baju DSV let0ps”- Netizen

Gaya dan penampilan seseorang melambangkan diri mereka yang sebenar. Lebih-lebih lagi apabila bergelar selebriti atau influencer, mereka perlu mengutamakan penampilan di mana jua mereka berada dan setiasa kelihatan cantik bergaya. Pemilihan outfit mereka pun perlu sesuai dan tidak terlalu berlebihan. Orang kata biar nampak sederhana dan cantik. Barulah netizen suka melihatnya, kan?

Terkenal dalam kalangan netizen, siapa lagi kalau bukan Dato Seri Vida yang sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial media. Sebut sahaja nama Vida, anda pasti mengenali wanita ini yang sinonim dengan kejayaannya dalam dunia perniagaan.

Bukan setakat berniaga sahaja, Vida pun popular dengan penampilannya yang cukup unik dalam muzik video lagu nyanyiannya baru-baru ini. Pelik tapi benar, itulah yang dapat digambarkan oleh sebahagian netizen sendiri selepas melihat outfit yang dipakai Vida.

Sehinggakan ramai netizen akui, Vida lebih sesuai dengan penampilan yang simple dan tidak terlalu berlebihan. Baru nampak lebih muda hehe..

Baru-baru ini, Vida berkongsi video memakai baju kurung moden berwarna merah jambu yang sememangnya sinonim dengan dirinya yang minat dengan warna berkenaan. Melihat Vida berpakaian baju sebegitu, ramai netizen memuji Vida di ruangan komen.

Vida yang kelihatan memberi duit raya dalam video tersebut menjadi perhatian netizen lebih-lebih lagi pada baju kurung moden yang dipakainya. Memang sesuai betul dengan beliau yang sukakan warna merah jambu.

Vida juga telah menerima banyak pujian daripada netizen dan rata-ratanya suka melihat beliau berpakaian sebegitu. Nampak manis dan sopan je..

Sementara itu, video dikongsi Vida di Instagram telah menerima 187,000 tontonan dan video itu juga turut mempromosikan produk perniagaannya.

“Lawanya dato sekarang ni, kan manis pakai macam ni cantik je tengok hihi, suka tengok baju dato mana beli ni”-Netizen

Comel tengok Dato Vida pakai baju kurung moden warna pink, nampak menyerlah dari jauh tu Dato.. Simple dan cantik macam ini kan bagus, sejuk je mata yang memandang hehe..

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!