“Seluar senget takpe sis, asal ada lambo”- Netizen

Kereta berjenama mewah sememangnya idaman setiap jejaka mahupun wanita yang minat dengan koleksi kereta. Lebih-lebih lagi apabila berjenama seperti Lamborghini, Ferrari dan seangkatan dengannya memang menjadi kegilaan ramai. Tengok lah dari segi bentuk kereta mewah ini, sudah membuatkan kita semua jaatuh cinta bagaikan cinta pandang pertama…

Namun harga setiap kereta berjenama mewah ini memang boleh mencecah hingga ratusan ribu tau seperti yg telah ramai ketahui. Sudah pasti golongan yang berkemampuan boleh memiliki kereta idaman mereka yang cukup mewah ini.

Antaranya selebriti Aeril Zafrel yang juga salah seorang golongan berkemampuan telah memiliki kereta mewah berjenama Lamborghini yang dihadiahkan oleh isteri buatnya.

Untungnya Aeril dapat hadiah yang paling mahal daripada isteri tercinta. Dapat Lamborghini berwarna kuning, dari jauh dah boleh nampak hehe..

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti yang cukup romantik ini iaitu Aeril dan Wawa Zainal. Mereka antara jutawan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan.

Malah baru-baru ini, Wawa berkongsi video merakam suaminya bersama kereta mewah baru mereka.

Lebih menjadi perhatian netizen apabila seluar yang dipakai Aeril kelihatan senget dan ditegur oleh salah seorang netizen di ruangan komen. Tajam betul mata netizen ni kan…

Selain itu, ramai netizen juga suka mengusik Aeril di ruangan komen. Sehinggakan mereka juga menyedari Aeril parking keteta miliknya terlalu rapat dengan kereta yang lain.

Melihat posting video yang dikongsi Wawa di Instagramnya itu, video tersebut telah mencecah 899,000 tontonan dan 283 komen.

Untungnya Aeril dapat bawa kereta mewah pemberiaan hadiah dariapda isteri hari-hari. Semoga kekal hingga ke jannah buat Aeril dan Wawa.

Sumber: Instagram wawa_zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!