“Bagusnya Datin, kaya pun belikn baju anak kat pasar malam” – Netizen

Kasih ibu hingga ke syurga. Pernahkah anda mendengar kata-kata ini? Sudah tentu pernah kan. Secara realitinya, seorang ibu sangat menyayangi anak-anak mereka sehinggakan setiap masa memikirkan perihal anak-anak. Memang benar kasih seorang ibu terhadap anak cukup besar sehingga akhir hayat mereka. Maka syurga seorang anak itu terletak di bawah kaki ibunya dan sememangnya tidak boleh menderhaka dengan ibu.

Seperti ibu-ibu yang lain, Datin Shahida juga sentiasa memikirkan anak-anaknya ke mana jua beliau berada. Sesungguhnya anak-anak adalah permata hati ibu dan bapa.

Walau sesibuk mana pun Shahida dengan jadual hariannya, pasti akan ingat dengan anak-anak. Ke mana saja beliau pergi,pasti teringat anak-anak seperti yang dilalui oleh golongan ibu lain.

Tatkala seorang ibu pergi berjalan atau ke pasaraya, pasti ada sesuatu yang dibeli oleh ibu untuk anak-anak mereka.

Malah pergi ke pasar pun, masih tetap belikan anak-anak sebuah permainan atau pakaian seperti Shahida menerusi video yang beliau kongsikan di Instagram

Sementara itu, sikap rendah diri Shahida dipuji netizen kerana ramai mengetahui Shahida adalah antara usahawan yang telah bergelar jutawan. Meskipun sudah bergelar jutawan, beliau masih tetap ingin membeli pakaian untuk anak-anaknya walaupun di pasar sahaja.

Sikap rendah diri seperti Shahida inilah yang boleh kita contohi bersama. Rendah diri dan sentiasa menyokong peniaga lain yang bertungkus lumus berniaga siang malam.

Selain itu, video dikongsi Shahida menarik perhatian ramai terutamanya golongan ibu yang berkongsi perasaan serta pengalaman mereka yang dilalui sama seperti Shahida di ruangan komen. Video itu juga telah menerima banyak tontonan sehingga mencecah 92,000 tontonan.

Ramai golongan ibu turut sama merasai pengalaman yang Shahida lalui. Apabila bergelar ibu, pasti akan mengingati anak-anak sepanjang masa.

Bila dah jadi seorang ibu, memang anak-anak adalah keutamaan. Setiap benda mesti kena ibu juga yang sediakan. Betul lah orang kata, wanita hebat itu adalah seorang ibu. Memang tak disangkal lagi.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!