“Comel semua anak2 dara Nabil ni”- Netizen

Hari demi hari berlalu,anak-anak semakin membesar dengan bijak dan sihat. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita cukup teruja dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mata kita sendiri. Dari sekecil bayi hingga kini membesar menjadi seorang remaja, itulah kenangan yang indah buat kita sebagai ibu bapa. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai ramai cahaya mata,memang meriah keluarga kan..

Begitulah yang dilalui pelawak Nabil dan isterinya, Zira apabila sama-sama melihat anak perempuan mereka kini sudah besar dan bakal bergelar seorang remaja tak lama lagi.

Selepas bertahun-tahun berkahwin, ramai netizen dapat melihat perkembangan hidup Nabil dan isterinya bersama anak-anak tercinta yang dikongsi di laman sosial media.

Nabil sering berkongsi video dan foto bersama tiga cahaya mata perempuannya. Dan ramai netizen teruja melihat anak Nabil sudah remaja serta mewarisi kecantikan ibunya.

Siapa sangka, umur Nabil yang baru mencecah 38tahun telah memiliki anak sulung yang sudah berusia 10 tahun. Cepatnya masa berlalu kan..

Sementara itu, netizen juga akui ketiga tiga cahaya mata perempuan Nabil mempunyai wajah yang hampir sama antara satu sama lain.

Video yang dikongsi Nabil termasuklah video terbarunya telah menerima banyak komen daripada netizen. Tontonan juga telah mencecah 195,000.

“Anak sulong tu dh besar dh macam ada satu muka sorang artis tu, tinggal nak cari hero untuk teman gdh nabil, happy holiday nabil”- Netizen

Bagi Nabil, anak-anak yang sudah besar mudah untuk dibawa berjalan kerana kurang membuat ragam.

Dah senang lah Nabil lepas ni, anak-anak dara semua dah besar. Boleh tolong daddy dia kan.. Nak bawa pergi bercuti pun senang, tak ada semua meragam dah. Boleh jadi photographer ibu ayah lagi tu hehe..

Sumber: Instagram Nabilzira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!