“Baba dia lah tu ngajaq jadi antoo”- Netizen

Kehadiran si cilik Jebat Jayden ternyata bawa sinar bahagia buat pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Meskipun Sharnaaz dan Nabila sudah membuat haluan masing-masing, mereka masih berbaik dan berhubung antara satu sama lain demi satu-satunya anak mereka. Tidak dinafikan Jebat sememangnya memerluukan kasih sayang daripada seorang ibu dan seorang bapa.

Jika lihat pada perkembangan Jebat, anak kecil ini kelihatan cukup bahagia di samping ibu dan bapanya. Gelagat Jebat yang sentiasa lucu itu sentiasa menghiburkan Sharnaaz dan Nabila.

Setiap kali posting video atau gambar Jebat dimuatnaik, pasti menjadi perhatian peminat-peminatnya. Untung Jebat, kecil-kecil dah ada ramai peminat tau.

Malah baru-baru ini, video bloopers yang menunjukkan gelagat Jebat bersama ibunya telah menghiburkan ramai netizen. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan, perangai Jebat yang suka bergurau sama seperti bapanya sendiri.

Video Telatah Jebat yang berselubung dengan kain sambil cuba menakutkan ibunya itu telah menerima tontonan sehingga 59,000

Bukan itu sahaja, Jebat juga sudah mula petah bercakap ditambah pula dengan loghat pantai timur. Comel sekali.

Turut sama mnggalkan komen pada posting jebat iaitu Little Miss Khan. Tak dinafikan, Jebat adalah permata keluarga mereka.

Alahai Jebat ni, cepat je dah besar. Suka tengok Jebat sekarang ni, makin handsome macam Baba dia..

Sumber: Instagram Jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!