“Apa lagi bayar lah” – Ernie Zakri

Sudah menjadi lumrah sebagai suami isteri, untuk selalu memberi dan menerima dalam semua perkara. Sebagai contoh, suami belanja isterinya beli hadiah atau keperluan yang diinginya. Mana boleh berkira dengan pasangan kan, kerana itulah yang akan mengeratkan lagi hubungan dan keakraban mereka semua. Kunci kebahagian lah katakan.

Kalau tak pasangan suami isteri pun, belanja kawan dan ahli keluarga pun akan menjamin keakraban kita semua. Betul tak ? Sebagai contoh, belanja dan beri hadiah kepada kawan ketika ulang tahun nya, mesti mereka terharu kan.

Sebagai contoh, ada dimuat naik video pasangan comel Ernie dan Syamel, yang excited membeli telefon bimbit baru. Katanya, Ernie nak beli telefon Samsung dek kerana kumpulan pop feveret nya juga pakai telefon sebegitu.

Tapi, bukanlah beli semata-semata kumpulan feveret nya duta atau pakai telefon tersebut. Sudah semestinya beli dek kerana kualiti telefon juga kan, kalau kumpulan fevered jadi model, itu namanya bonus tau.

Start dari masuk kedai tu, dah nampak happy sangat muka Ernie tau, yelah siapa je tak excited bila dapat phone kan. Kita pun akan rasa happy sangat kan, sehari sebelum beli phone baru dah rasa excited tu. Betul tak ?

Bila dah beli phone tersebut, terus mereka buat unboxing time tu jugak tau. Yelah, siapa je tak excited kan. Kita pun akan unboxing di kedai tersebut, tak sempat unboxing dekat rumah dah, rasa nak tukar pakai phone tersebut dekat kedai tu jugak.

Tapi, sehappy-happy Ernie yang dapat phone bar utu, rupanya yang kena bayar adalah Syamel. Aduhai, kelakar betul lah tengok reaksi muka Syamel time nak kena bayar tu. Terbahak-bahak kita tengok Syamel. Sabar lah demi isteri tersayang.

Yelah, mana taknya, kena k0rbankan sedikit gaji kita demi insan tersayang. Ernie yelah boleh happy sebab suami tercinta yang belanja. Tapi, tak mengapa, dek kerana Syamel ikhlas belanja isterinya phone baru. Happy Wife Happy Syamel.

Beruntung kan kalau dapat pasangan yang saling memberi dan menerima. Kerana itulah kunci kebahagiaan yang sebenar. Time dah keluar kedai tu, bukan main happy lagi ye Ernie berlenggang pegang beg telefon baru beliau tu. Comel betul.

Sumber : Ig Syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!