“Alisa malu daddy tunjuk muka dia masa kecil”- Netizen

Tuah ayam nampak di kaki, namun begitu tuah manusia tiada siapa yang tahu merupakan satu pepatah yang cukup tepat untuk menggambarkan kehidupan yang sedang di lalui oleh pasangan suami isteri Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini. Pasangan Hairul dan Hanis berkahwin pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak.

Anak sulung lelaki pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar dilahirkan pada 3 Jun 2016. Manakala anak kedua mereka iaitu Alisa Aisyah pula di lahirkan pada May 2019.

Kecomelan dan gelagat anak- anak kepada pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sekian lama sering di paparkan di media sosial peribadi kedua dua anak mereka.

Sehingga kini para pengikut Instagram buat kedua anak mereka telahpun mencecah beberapa juta pengikut. Anak- anak pasangan ini juga mempunyai para pengikut mereka yang tersendiri.

Setiap kali pasangan ini berkongsi aktiviti bersama anak-anak, pasti akan ada sahaja yang menjadi bualan Netizen. Terutama anak mereka yang kedua iaitu Alisa Aisyah.

Wajah Alisa yang sangat comel serta gelagat kanak- Kanak tersebut yang sangat menghiburkan buatkan para Netizen sering tak Kering gusi melihatkan Alisa.

Menerusi satu perkongsian video terbaru pelakon aksi berkenaan di instagram, beliau memuatnaik video beliau bersama keluarganya menjamu selera di sebuah restoran yang pernah di lawati mereka ketika Alisa masih kecil iaitu kira- kira sekitar 2 tahun yang lalu.

https://www.instagram.com/p/CjxY5zPhdWg/?utm_source=ig_web_copy_link

Hairul yang masih menyimpan video berkenaan di telefon bimbit kemudiannya memainkan kembali video tersebut buat tatapan anak- anak beliau sebagai kenangan mereka pernah menjamu selera di restoran berkenaan.

Bagaimanapun ketika video yang memaparkan ketika Alisa masih kecil berkenaan di tunjukkan kepada anak kedua Hairul itu, Alisa kemudiannya kelihatan malu- malu seolah olah tidak mahu memandang wajahnya ketika masih bayi itu.

Kelakuaan Alisa yang kelihatan sangat malu dan tidak mampu melihat wajahnya sendiri ketika masih bayi itu membuatkan para peminat merasa terhibur dengan gelagat Alisa.

Peminat juga tidak menyangka Alisa akan merasa malu apabila melihat wajahnya sendiri ketika masih bayi. Berikut di kongsikan komen – komen peminat.

Ada sahaja gelagat kanak-kanak tersebut yang mencuit hati. Tidak puas rasanya menonton gelagat Alisa di media sosial menerusi video pendek dan gambar yang di muatnaik oleh ibu bapa mereka. Comelnya Alisa ni kan.

Sumber: Instagram hairul azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!