“Alaaa cutenya Tite breakfast, pandai Tite makan sendiri”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ni banyak sangat ragam nya, mereka selalu saja akan mengikuti apa yang mereka selalu perhatikan. Sebabtu, kita selalu saja tengok anak kecil yang cuba melakukan perkara yang kita lakukan juga. Sebab dah terbiasa tengok orang tua mereka buat itu ini, jadi mereka nak ikut juga.

Tapi, kita kena juga ajar anak-anak supaya sentiasa berdikari dalam melakukan sesuatu perkara. Bukan apa, nanti dah besar kena lah buat itu ini sendiri kan. Tak de lah nak bergantung kepada mak ayah nya juga.

Contohnya, ajar anak supaya mandi sendiri, pakai baju sendiri dan banyak lagi. Kalau dah sampai tahap cukup usia tu, tak salah pun nak suruh mereka buat semuanya sendiri. Tapi,masih dalam pengawasan kita. Betul tak ?

Ada dimuat naik video anak kepada Scha dan juga Awal yang bernama Lila atau lebih mesra dikenali sebagai Tite. Rasanya ramai yang sudah mengenali si comel tu. Banyak sangat ragamnya yang selalu mencuit hati kita semua.

Video dan foto Tite yang konon nya tengah breakfast. Amboi, bukan main vogue dan bergaya lagi Tite tu. Siap pakai topi tau. Yang lebih menariknya, happy je tengok Tite makan makanan sendiri. Dah besar lah katakan.

Bukan main lagi dia suapkan diri sendiri makan cereal. Yang paling lucunya, sudu makan tu punyalah besar tau. Mulut nya tu kecil saja. Banyak mana yang dapat dimasukkan ke dalam mulut pun taktahu. Comel betul.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan aksi Tite tu. Bukan main action sendiri makan sendiri-sendiri. Tapi, macam sikit je cereal yang dapat dikautnya tu. Haha terbahak-bahak kita tengok gelagat Tite yang comel tu.

Takpalah, yang penting makanlah sampai kenyang walaupun lambat ya. Yelah, budak-budak ni memang makan kena slow-slow. Nanti tersedak susah pula jadinya kan. Nak pula kalau disuap nya sendiri. Lagilah lambat siap.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa gelagat Tite tu sangatlah mencuit hati para netizen sekalian. Action betul eh nak makan sendiri, dah pandai buat sendiri, apa salahnya kan cuba belajar berdikari. Betul tak ?

Sumber : Ig Lilaaminaa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!