“Ntah la Tokti ni, lagu susu pun merdu”- Netizen

Siapa je tak kenal penyanyi tersohor tanah air iaitu Tokti, rasanya semua sudah cukup mengenali beliau.Tak kisahlah golongan muda atau tua, namanya dari dulu hingga kini masih mekar. Ramai tau peminat Tokti ni, adakah anda salah seorang antara peminat beliau ? Mestilah yak an, join the club.

Bakat dalam bidang nyanyian Tokti ini tidak dapat dinafikan lagi. Menyanyilah lagu apa-apa pun, pasti akan jadi sangat merdu tau. Lagu kanak-kanak, atau lagu apa saja, terus jadi auto merdu. Untung ada bakat tersebut.

Nyanyi secara bersahaja pun dah merdu, inikan pula kalau jadi bersungguh dan secara bersiap sedia kan. Kalau dah nama pro, memang tak ada apa yang menghalangnya. Kecuali lah ada masa-masa nya yang tak sihat, suara akan jadi serak.

Ada dimuat naik video Tokti yang sedang membuat persembahan dan menyanyikan lagu susu Farm Fresh. Aik, lagu susu pun ada ke ? Mestilah ada, untuk marketing sesuatu produk, mestilah kena ada marketing tersendiri.

Bukan main rancak lagi tau persembahan Tokti, siap ada dancer kanan kiri dia tu. Dah macam KPOP dibuatnya. Dan yang paling penting, sudah semestinyalah persembahan nya itu sangat memuk4u seperti selalu.

Tapi, sangatlah mencuit hati setelah mengetahui lagu yang dinyanyikan adalah lagu susu. Rata-rata netizen sangat terhibur setelah mengetahui itu adalah lagu susu. Bukan main energetic ya lagu tu, comel betul.

Bak kata netizen, aik susu pun ada lagu ? Comel betul lah komen-komen dari para netizen sekalian ni. Yelah biasanya tengok Tokti menyanyi lagu Balada, tiba-tiba ni lagu susu pula kan, unexpected betul kalini. Comel tau diorang semua.

Tapi, kalau dah namanya Tokti, menyanyi jelah lagu apa-apa pun, tetap akan merdu didengari. Yelah, sebab beliau adalah Tokti lah katakana, kadang tu bercakap pun merdu kan, betul-betul berbakat ni. Hehe. Betul tak ?

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa jika seseorang itu sudah berbakat, buat saja apa yang mereka mahiri, pasti akan sempurna hasilnya. Mana taknya, dek kerana itu adalah bakat yang sedia mereka miliki lah katakan.

Sumber : Ig Ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!