“Aku terkeejut Tokti cakap semangat” – Netizen

Sejak minggu lalu, tular mengenai Bonda Hetty yang begitu bersemangat dan teruja untuk memberikan komen buat Adibah Noor yang menyanyikan lagu dendangan asal beliau iaitu Berdiri Bulu Romaku. Bonda Hetty naik ke atas pentas untuk menyanyi dan serta mengajak bersama Nikki Palikat yang turut membawakan lagu nyanyian asal beliau untuk diberikan komen ketika di atas pentas. Bonda juga turut mengajar kedua – dua peserta tersebut di atas pentas malahan meminta para pemuzik supaya mengiringi nyanyian beliau ketika mengajar kedua- dua peserta berkenaan.

Tindakan Bonda Hetty yang bersemangat semasa memberikan komen dan mengajar para peserta menarik perhatian netizen. Ada yang menyokong tindakan Bonda Hetty atas tiket untuk mengajar dan memberikan ilmu buat para peserta serta penonton. Namun di sebalik niat murni Bonda Hetty untuk menurunkan ilmu dan mengajar, ada juga yang berpandangan bahawa Bonda Hetty agak keterlaluan seolah- olah beliau berada di konsert beliau sendiri.

Rancangan hiburan Meletop telah menjemput Bonda Hetty untuk mendapatkan sedikit pandangan beliau terhadap respon netizen. Menariknya lagi, Meletop juga turut menjemput penyanyi kesayangan ramai iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa Tokti untuk “bttle” bersama Bonda Hetty serta saling menyanyikan lagu dendangan asal masing- masing.

Bunda Hetty di berikan lagu Percayalah nyanyian asal Tokti. Bonda Hetty berjaya menyanyikan lagu tersebut mengikut cara beliau tersendiri. Manakala Tokti pula di berikan lagu Berdiri Bulu Romaku nyanyian asal Bonda Hetty.

Lagu ‘Berdiri Bulu Romaku’ mempunyai auranya yang tersendiri. Sebelum ini juga pernah v1ral satu rakaman konsert gandingan Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Hetty Koes Endang menyanyikan lagu berkenaan.

Gandingan mereka berdua juga banyak di parodikan. Kali ini gandingan mereka berdua di pentas Meletop telah menggamit kembali kenangan berkenaan.

Menerusi rancangan ‘Meletop’, dua selebriti hebat itu telah dipertemukan sekali lagi. Dengan suasana yang sudah begitu meriah, Tokti dengan senang hati membawakan lagu tersebut di hadapan Bonda Hetty.

Penyanyi dari Indonesia berkenaan sempat meminta band iringan untuk menaikkan sedikit key suara agar lebih sesuai dengan Tokti.

Tokti begitu seronok mendendangkan lagu tersebut sehingga sampai melaungkan “Semangat” untuk mengusik Bonda Hetty yang terkenal dengan trademark beliau sering menyebut perkataan semangat.

Mendengarkan sahaja laungan Tokti “Semangat” kedua- dua orang pengacara iaitu Nabil dan juga Uyaina tidak dapat menahan ketawa dengan reaksi Tokti yang begitu kelakar.

Tokti berjaya memecahkan suasana dengan gelak ketawa mereka di studio rakaman kerana berjaya meniru gaya Bonda Hetty itu. Tokti juga berkongsi semula video berkenaan di Instagram peribadi beliau dan turut berseloroh dengan menyifatkan ‘moment’ tersebut jarang sekali terjadi dan akui terhibur sendiri dengan tindakan spontan nya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut terhibur dengan gelagat Tokti dan Bonda Hetty. Malah tidak kurangnya, ada diantara netizen yang pertama kali melihat pelantun Bukan Cinta Biasa itu berjenaka sedemikian.

Jika sebelum ini, ketika membuat persembahan, Tokti begitu terserlah dengan ton suara yang cukup memukau namun kali ini netizen terpukau dengan tindakan spontan Tokti yang juga cukup pandai mengusik dan berjenaka pula.

Berikut pula dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat program hiburan tersebut di ruangan komen.

Perkongsian di Instagram peribadi Tokti mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sedutan siaran langsung program MeleTOP yang dihadirinya sebagai tetamu jemputan pada malam Isnin.

Dalam video itu, kelihatan Tokti menyanyi dan meniru gaya penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang yang juga hadir sebagai tetamu.

Tokti menyanyikan lagu hits Bonda Hetty berjudul Bulu Romaku dan sehingga kini perkongsian berkenaan telah mendapat 141,000 tanda suka dan menerima sehingga 2 ribu komen netizen yang terhibur dengan jenaka spontan beliau mengusik Bonda Hetty.

Sumber: ig meletop

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!