“Aku piij4k muka kau jap lagi” – Mas Idayu

Apa yang dapat menarik ramai penonton bagi sesebuah pertandingan nyanyian selain peserta-peserta yang hebat adalah termasuklah barisan juri hebat yang sentiasa memberikan debaran untuk setiap komen yang diberikan. Kalau komen yang diberikan setiap minggu kepada para peserta pun biasa-biasa sahaja, pasti dapat diteka oleh para penonton dan sudah pastilah menjadi tidak menarik.

Siapa tak kenal lagi dengan juri yang katanya sangat garang bernama Mas Idayu ini. Baru sahaja bergelar seorang isteri lebih kurang dua bulan yang lalu, ramai yang tidak sangka bahawa Mas Idayu atau lebih mesra dengan gelaran sebagai “mummy” ini sebenarnya merupakan seorang yang manja dan lembut.

Pasti ramai sudah tahu dengan video dari Mas Idayu sebelum ini yang pernah viral dek kerana kem4rahannya yang tidak mampu dikawal semasa menjadi juri dalam sebuah rancangan nyanyian. Malah sehingga kini, ayat “ada nampak mummy happy” itu sering meniti di bibir orang ramai apabila melihat gerangan Mas Idayu.

Baru-baru ini Mas Idayu telah diundang sebagai juri di pertandingan realiti nyanyian bertajuk Getaran Jiwa yang telah diispirasikan dari Tan Sri P. Ramlee dan Saloma. Bersiaran langsung dari negeri Sarawak, rancangan ini telah disiarkan di saluran TVS yang menampilkan ramai juri hebat tempatan serta peserta-peserta hebat dan berbakat.

Terkejut dibuatnya para penonton serta host apabila telah sampai giliran penyanyi dangdut terkenal negara ini memberikan komen pada salah seorang peserta. Mas Idayu meminta peserta tersebut untuk mengulangi nyanyiannya semula serta telah m4rah pula pada host yang dikenali sebagai Jiggy Masin itu.

Kata-kata Mas Idayu yang berkata ingin memij4knya itu telah menjadi sorotan ramai. Malah, dia sendiri telah memuatnaik cuplikan video ketika dia sedang m4rah itu kedalam Instagramnya.

Namun, semua sudah maklum dengan sikapnya yang memang tegas dan g4rang ketika sedang bertugas sebagai seorang juri.

Netizen rata-ratanya terhibur dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Mas Idayu itu. Malah ramai yang meminta agar Mas Idayu dipilih untuk menjadi juri bagi pertandingan realiti Gegar Vaganza pada tahun depan pula.

Peminat dari negara seberang Indonesia juga ramai yang meminta dirinya untuk kembali menjadi juri di DAcademy Indonesia disana.

Mas Idayu garang macamtu pun ramai yang sayang tau. Semua berebut nak minta mummy jadi juri lepas ni. Jngan terkejut kalau lepas ni Mas Idayu jadi juri, kertas pula yang terbang jauh macam dekat akhir video tu.

Sumber: Instagram Mas Idayu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!