“Haa up pulak pasal nk wat passport, netizen bkn blh baca. Sat gi aib lagi family hang” – Netizen

Menjadi seorang selebriti terkenal dan dikenali ramai pastinya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dijalani. Apatah lagi apabila segala aktiviti dan gerak-geri dalam kehidupan seharian sering diperhatikan. ‘The Kardashians Malaysia’ yang merupakan nama gelaran yang diberikan kepada keluarga besar Noor Neelofa yang dikatakan persis ahli keluarga artis Hollywood ini memang selalu mendapat perhatian para netizen.

Bermula dengan spekulasi Neelofa sendiri yang telah menimbulkan ketidakpuasan hati netizen kerana melnggar SOP ketika mengadakan majlis pernikahannya yang telah berlangsung pada Mac lalu bersama suaminya iaitu PU Riz, kini apa sahaja yang dilakukan oleh dirinya dan ahli keluarga pasti cepat tersebar dan mendapat perhatian orang ramai.

Nur Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan dan baby sebagai panggilan manjanya di kalangan ahli keluarga ini merupakan adik kepada Noor Neelofa. Hari ini, dia telah mencuuri tumpuan netizen melalui posting gambar di laman Instagram miliknya.

Walaupun beberapa hari lepas, telah viral tentang konflik antara Datin Noor Kartini yang telah dikatakan telah menghiina Sultan Johor dan ianya dinafian oleh Datin sendiri dimana posting itu di muat naik oleh staffnya sendiri.

Ameera Khan yang dulunya tidak berhijab juga telah terlihat sudah berhijrah dengan berhijab penuh sejak dia menghadiri majlis pernikahan kakaknya Noor Neelofa pada Mac lalu. Dia telah memuatnaik gambarnya dengan caption yang menarik perhatian netizen apabila captionnya itu terkait rapat dengan pembuatan passport.

https://www.instagram.com/p/CPu7vNdACcg/?utm_medium=copy_link

Gambar formalnya yang sopan dan cantik itu telah mendapat perhatian dan kesalahfahaman salah seorang netizen kerana dia mengatakan mahu menggunakan gambarnya itu sebagai gambar baru passportnya.

Pastinya semua sudah maklum pada musim C0v1d 19 yang kian membimbangkan kini, pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan apatah lagi untuk pergi ke luar negara.

Walaupun begitu, sangat ramai yang terpegun dan memuji kecantikan Nur Ameera Khan berhijab dan ada juga yang mengatakan wajahnya mirip sekali dengan perempuan Arab dan juga Palestin.

Ameera juga kini terlihat mula mengikuti jejak kakaknya dengan menjadi ikon hijab yang menjadi duta jenama-jenama antarabangsa seperti Dior, Louis Vuitton, Prada dan banyak lagi.

Pencapaian gadis yang baru berusia 21 tahun ini wajar dikagumi agar kelak dapat membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi dan dikenali secara global sebagai ikon hijab yang terkenal.

G0sip yang tular mengenai ahli keluarganya yang lain tidak wajar dikait rapatkan dengan apa sahaja yg mereka lakukan kerana setiap manusia juga pasti pernah melakukan kesaalahan.

Diharap agar ahli keluarga Neelofa akan lebih peka dan waspada selepas ini dengan keadaan sekeliling kerana mereka akan sering menjadi tumpuan. Jika mereka hanya mengambil ringan perkara ini, pastinya pandangan netizen terhadap mereka akan menjadi berbeza dan keruh.

Sumber: Instagram Ameera Khan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!