“Shila cakap apa tu sampai Pak Azad terkejut”- Netizen

Pengalaman mempelajari bahasa asing memang menyeronokkan. Maka tidak menjadi satu masalah buat mereka untuk bertutur bahasa asing apabila melancong ke sesuatu negara tersebut. Bayangkanlah jika anda berjaya menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, malah mampu juga menguasai bahasa asing memang cukup mudah untuk anda mengenali budaya masyarakat luar. Untungnya alahai kepada sesiapa yang boleh bertutur banyak bahasa kan…

Siapa sangka, penyanyi Shila Azmah antara selebriti Malaysia yang mahir bercakap lebih tiga bahasa tau. Shila terkenal dengan kemahirannya berbahasa Mandarin dan Tamil.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat kejayaan Shila sebelum ini yang pernah menempa nama di negara China. Nyanyian Shila dalam bahasa Mandarin cukup memukau penonton bukan sahaja di Malaysia malah di negara China itu sendiri.

Shila juga pernah mendedahkan dalam salah satu program realiti di Saluran Astro, beliau juga mahir bernyanyi dalam beberapa bahasa asing antaranya dari negara korea, jepun, itali. Wah hebat betul Shila ni.

Menerusi posting yang dikongsi di Astro Gempak, kelihatan Sherry Alhadad sempat menemubual Shila dalam program realiti Mystery Ranking Show sambil diperhatikan oleh Azad Jazmin. Dari situ Shila mendedahkan kemahirannya bernyanyi dalam 9 bahasa.

Lebih mengejutkan lagi apabila Azad Jazmin atau dikenali sebagai Pak Azad ini terkedu selepas mendengar Shila menyebut sesuatu ayat dalam bahasa Tamil. Reaksi muka Pak Azad memang melucukan.

Sementara itu, posting video yang dikongsi instagram Astro Gempak telah menerima 103,000 tontonan dan komen daripada netizen.

Rata-rata netizen cukup teruja melihat Shila pandai menguasai banyak bahasa asing. Mereka juga turut memuji kecekapan Shila berbahasa Tamil dengan Pak Azad pada ruangan komen.

“Hahaha jgn buat hal shila, aku lg suka dgr org cakap tamil dr cina, apa yang meteka dua cakap tu hahaha”-Netizen

Bagusnya Shila Amzah cekap bertutur bahasa asing. Lagi-lagi bila nyanyi lagu dari banyak negara, mesti best giler. Kena belajar banyak bahasa ni hehe..

Sumber: Instagram astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!