“Dapat mummy baru lah jebat tak lama lagi”- Netizen

Kecoh hubungan mesra antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan anggota De Fam, Azira Shafinaz apabila sejak akhir-akhir ini mereka kelihatan begitu rapat sekali. Jelas terpancar kemesraan hubungan Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz  ketika sering membuat video live di laman Instagram sehingga menjadi tumpuan ramai netizen. Nampak cocok dan sepadan betul mereka berdua.

Siapa sangka, kemesraan hubungan dua selebriti ini membuatkan ramai netizen begitu teruja dan berteka-teki dengan status hubungan mereka yang sebenar. Malah, netizen juga sentiasa mengikuti perkembangan Sharnaaz dan Azira menerusi video Live di Instagram. Setiap kali Sharnaaz membuat video Live bersama Azira, tontonan video pasti meningkat.

Terbaru, di awal perbualan antara Sharnaaz dan Azira, Sharnaaz dengan secara spontannya memuji Azira yang kelihatan cantik dengan makeup ketika membuat video live bersama Sharnaaz. Azira terus tersipu malu di dalam video yang sedang berlangsung ketika itu.

Dalam pada itu, video rakaman paparan skrin (screenshot) yang dimuatnaik oleh instagram rasmi Hot Fm telah menjadi perhatian ramai selepas aksi spontan Sharnaaz yang cuba memikat Azira ketika Instagram Live.

Menerusi posting video yg dimuatnaik itu, ia telah ditonton sebanyak 214,000 tontonan dan dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari netizen.

Malah daripada komen netizen juga, ramai yang kelihatan teruja dengan hubungan Sharnaaz dan Azira serta mendoakan agar mereka berdua berjodohan.

Sebelum ini, Sharnaaz dan Azira pernah digosipkan bersama sehingga Sharnaaz dituduh punca keretakan hubungan Azira bersama kekaasih lamanya, Yasser Khan. Namun, Azira telah menafikan dakwaan tersebut dan menganggap Sharnaaz adalah rakannya sahaja.

Sumber: Instagram Hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!