“Kak m4rah dekat siapa tu kak lain mcm pegi dia” – Netizen

Jika ada kelapangan waktu bukankah sebaiknya waktu tersebut digunakan untuk perkara yang dapat mendatangkan manfaat baik. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah bersukan. Selain dapat menghabiskan waktu terluang, badan pun boleh menjadi lebih segar dan sihat. Tidak semestinya harus keluar dari rumah, ada juga jenis sukan yang dapat dilakukan hanya di dalam rumah sahaja seperti sukan boxing atau tinju.

Sukan tinju yang selalunya terkenal dalam kalangan lelaki, tak sangka ternyata ada salah satu artis tempatan wanita  kita yang turut meminati sukan tersebut. Siapa tak kenal lagi dengan isteri cantik dari Azad Jasmin iaitu Eira Syazira ini. Pasangan yang sememangnya terkenal dengan keharmonian kekeluargaan dan humoris ini sentiasa terlihat bahagia ditambah dengan kehadiran ketiga-tiga puteri mereka.

Selain sibuk dengan dunia hiburan, pasangan Eira Syazira dan Azad Jasmin ini kini dilihat lebih sibuk dan menumpukan sepenuh perhatian kepada peniagaan milik mereka berdua.

Mula mempromosikan produk kecantikan dan minuman kesihatan badan, maka tidak hairanlah jika Eira Syazira kini juga telah mengamalkan gaya hidup sihat dan bersukan.

Walau sudah mempunyai tiga orang cahaya mata, terbukti Eira Syazira memang selalu menjaga pemakanan dan diet sihat agar sentiasa kelihatan cantik dan ramping.

Namun lucunya, video aksi Eira Syazira yang sedang bertinju dengan jurulatihnya itu telah menghibur para peminat dan netizen yang dikatakan seperti ingin berjoget sahaja.

Eira yang kini berada di negara seberang iaitu Jakarta juga masih aktif bersukan walau kini sedang sibuk mempromosikan lagu terbarunya yang bertajuk Kau Hanya Bisa hasil produksi dengan negara Indonesia.

Tidak berseorangan, Eira turut ditemani oleh suami tersayang sepanjang berada di Jakarta sebagai tanda sokongan penuh terhadapnya.

Kerjaya nyanyian yang kini berada di bawah naungan produksi Indonesia iaitu Positif Art telah menjadikan negara itu sebagai rumah kedua buat Eira untuk berulang-alik demi mencari rezeki dan melebarkan sayap kerjaya.

Rakan artis seperti Azza Elite dan Radin Era turut terpegun dengan tenaga penuh aksi yang ditunjukkan oleh Eira itu.

Komen-komen lucu netizen rata-ratanya telah dibalas oleh Eira sendiri yang tidak terkesan dengan komen tersebut namun turut terhibur dengan reaksi dari para netizen terhadap videonya itu.

Memang hebat isteri Pak Azad bertinju. Baik lepas ni Azad lebih berhati-hati dengan Eira. Mahu tersalah cakap sikit dengan isteri kena tinju laju-laju macam dalam video. Apa pun tahniah Eira Syazira atas pelancaran lagu baru di Jakarta.

Sumber: Instagram Eira Syazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!