“Comel bila Hayder panggil papa papa”-Netizen

Mempunyai keluarga yang sentiasa saling menyokong antara satu sama lain adalah impian semua. Mempunyai ayah yang selalu support anaknya dalam jua bidang yang diceburi, begitu juga dengan anak yang sentiasa ada bersama orang tua nya di kala jat0h bangun. Secara tak langsung menyuntik semangat dan inspirasi kepada pihak yang disokong.

Begitu juga yang berlaku kepada keluarga comel Haziq Nadli dan Eyra Hazali ni. Sudah tentu ramai yang cukup mengenali dua orang anak comel mereka iaitu Hayder dan Endra kan. Selalu saja muncul di feed social media video ragam comel anak mereka tu, lebih-lebih lagi Hayder.

Hayder tu, ada saja ragam comel nya. Geram rasa dengan si kecil tu. Banyak akal sungguh. Pandai mengambil hati orang tuanya dan juga para netizen. Begitu juga dengan Endra, walaupun masih kecil, tapi sudah nampak ye bakat lawaknya seperti abangnya tu.

Ada dimuat naik video Eyra dan Hayder di seat stadium bola sepak. Di mana kedua-dua nya sedang menyokong Haziq yang cukup terkenal merupakan ahli kelab bola sepak terkenal iaitu JDT. Excited betul melihat gelagat dua orang anak-beranak tu menyokong Haziq.

Apa yang menarik perhatian netizen, setelah melihat gelagat Hayder yang menjer1t “papa papa” kerana ingin membuktikan bahawa beliau adalah peminat number satu papanya dan juga penyuntik semangat kepada Haziq.

Sangat comel tengok gelagat si comel Hayder tu, tapi papanya tak perasan pun suara kecil Haziq tu, yelah suasan di stadium itu sangat bising. Mana mungkin kedengaran suara si comel tu. Takpalah Hayder, yang penting Hayder selalu support papa nya itu. Tapi di pengakhiran video itu, ternyata Haziq menyedari anak kesayangannya itu memanggilnya.

Selain sentiasa mengikuti perlawanan bola sepak papanya, Hayder juga sepertinya sudah diberi pendedahan bermain bola sepak. Siapa kata si comel tu tak pandai main bola, kalau papanya juga ahli pemain bola sepak, sudah semestinya anaknya juga ada bakat seperti papanya.

Begitu juga dengan Endra, sebelum ini ada dimuat naik video mereka bertiga bermain bola sepak. Sungguh lucu melihat gelagat anak-beranak ni, tak padan dengan usia nya yang masih kecil. Sungguh lucu dan comel.

Tidak dinafikan bahawa sentiasa ahli keluarga yang sentiasa ada memberi sokongan kepada kita adalah impian semua keluarga. Tak kisah lah di pengakhiran game tersebut kita kalah atau menang, yang penting kita sentiasa support antara satu sama lain.

Sumber : Ig Haydervangers

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!