“Agaknya dh lama Dato K idam nk layan anak perempuan mcm princess” – Netizen

Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di sapa sebagai Tokti merupakan seorang penyanyi dan usahawan terkenal di Malaysia. Tokti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa sekitar tahun 2006. Buat yang tidak tahu, Datuk Khalid merupakan seorang usahawan dan pengerusi SimplySiti Sdn Bhd. Beliau juga pengasas kepada Yayasan Nurjiwa.

Datuk Khalid pernah mendirikan rumahtangga dengan Tengku Zawyah Binti Tengku Izham dan memiliki empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief. Sementara itu, perkahwinan beliau bersama Tokti pula dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun dan Muhammad Afwa yang kini berusia 1 tahun.

Hampir 11 tahun Datuk K dan Tokti berkahwin, tanggal 19 Mac 2018 telah menjadi hari yang paling gembira dalam kehidupan pasangan ini apabila doa mereka untuk di kurniakan zuriat telah di kabulkan oleh Allah swt.

Penantian pasangan ini bernoktah setelah di kurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah. Kelahiran Siti Aafiyah telah menambah seri dalam kehidupan rumahtangga mereka. Aafiyah yang kini menginjak usia 4 tahun juga sudah memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah swasta.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Aafiyah, satu video telah di kongsikan buat tatapan para peminat. Di dalam video tersebut Tokti telah merakamkan gelagat anak perempuannya itu sedang mencuci rambut dan di temani oleh ayahnya Datuk K.

Datuk K di lihat memegang erat Aafiyah sambil mencuit hidung anak perempuannya itu dengan manja. Gelagat Datuk K berkenaan menyebabkan Aafiyah gembira dan tertawa bahagia.

Menjengah keruangan komen, rata – rata peminat Tokti berkata Aafiyah merupakan anak yang sangat bertuah. Memandangkan kehadiran Aafiyah amat di nantikan kedua- dua ibu bapanya dahulu, kini layanan pasangan itu terhadap anak mereka bagaikan menatang minyak yang penuh.

Apatah lagi pula, hasil perkahwinan terdahulu Datuk K tidak mempunyai anak perempuan. Semasa berkahwin dengan Tokti, Datuk K mempunyai empat orang anak lelaki. Aafiyah merupakan satu- satunya anak perempuan kepada Datuk K dan Tokti.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda. Siapa sangka, Tokti yang dahulunya di uji dengan dugaan lambat memperolehi zuriat kini sudah mempunyai dua orang anak.

Aafiyah juga membesar menjadi anak yang sangat mewarisi kelakuan dan keperibadian ibunya. Berikut dikongsikan pula komen- komen netizen terhadap hantaran berkenaan.

Sayang betul Datuk K dengan Aafiyah ni. Walaupun baru berusia empat tahun namun Aafiyah sangat bijak dan petah bertutur. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan mampu membahagiakan ibu dan ayahnya kelak.

Sumber: ig aafiyah khalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!