“Nak jadi penyanyi pulak kee” – Netizen

Lagu ‘Ku ikhlaskan’ yang dinyanyikan oleh Dato’ Seri Vida dilihat semakin menjadi kesukaan ramai dalam membikinan video-video untuk sosial media masyarakat kita. Lagu tersebut mendapat sambutan dek kerana gelagat Dato’ Seri Vida dalam video tersebut yang membuat segelintir netizen agak terhibur menontonnya. Lagu tersebut sudahpun mendapat tontonan lebih dari 1 juta penonton di Malaysia.

Siapa lagi tidak mengenali pelakon veteran yang cantik jelita iaitu Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta di sosial media.

Beliau yang pernah memenangi gelaran Miss Malaysia pada tahun 1992 kini lebih fokus menguruskan hal rumahtangga dan hal-hal perniagaan beliau.

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat berterus terang dengan pendapat beliau. Selain itu, beliau juga sering dilihat sebagai seorang yang sangat kelakar membuatkan netizen sering terhibur melihat gelagat beliau.

Rozita Che Wan juga bukan sahaja sangat pakar dalam bidang permodelan, tetapi beliau juga sangat berkaliber dalam industri lakonan dan telah melakonkan pelbagai watak sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video dimana beliau membuat ‘lip sync’ lagu terbaru Dato’ Seri Vida, Ku Ikhlaskan.

Di dalam video tersebut, beliau “menyanyi” lagu tersebut dengan sepenuh hati di dalam dapur kediaman beliau membuatkan netizen begitu terhibur melihat gelagat Che Ta.

Netizen juga ramai yang merasai apabila Che Ta membuat ‘lip sync’ lagu tersebut, mereka rasa Che Ta lebih sesuai menggantikan lakonan Dato’ Seri Vida dalam videoklip muzik lagu ‘Ku  Ikhlaskan’ itu.

Betul juga cadangan netizen. Jika video klip lagu ‘Ku ikhlaskan’ itu dilakonkan oleh Rozita Che Wan pasti sesuai juga bukan. Namun, tidak perlu Che Ta juga, Dato’ Sri Vida berjaya mendapat jutaan tontonan dari warga Malaysia.

Sumber : instagram rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!