“Susah senang bersama, bukan sekadar cari yang awal2 dh stabil”- Netizen

Kehidupan rumah tangga suami isteri sememangnya banyak suka duka yang dilalui bersama. Kenangan manis pahit pasti ada dalam kehidupan berumah tangga. Maka sebab itu, suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain dan banyakkan bersabar serta bersusah senang bersama dari awal perkahwinan. Sebagai seorang isteri atau suami, kita perlu sntiasa ada dengan pasangan kita di kala susah senang.

Begitulah yang dilalui pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal apabila mereka dahulunya pernah hidup dalam kesusahan pada awal perkahwinan. Bersama-sama menghadapi dugaan, Aeril dan Wawa akhirnya telah berjaya sehingga telah bergelar jutawan.

Seperti yang ramai ketahui, Wawa dan Aeril telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Siapa sangka, tuah di kaki manusia tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah kini Aeril dan Wawa mempunyai kehidupan yang sangat selesa bersama kehadiran empat orang cahaya mata comel.

Apabila Aeril dan Wawa sentiasa bersama,pasangan suami isteri ini pun sering bekerjasama dalam membina empayar perniagaan nereka. Ke mana sahaja Wawa berada, pasti ada suami kesayangannya.

Malah baru-baru ini, Wawa memuatnaik posting video dengan menunjukkan suaminya sentiasa ada bersamanya walaupun ketika sesi bergambar. Tindakan Aeril sekaligus membuatkan Wawa terharu melihat suaminya sentiasa ada di sisinya.

Aeril sangat menjaga Wawa. Aeril sentiasa ikut bersama isterinya dan memastikan Wawa tidak bersendirian. Romantiknya suami macam Aeril kan..

Sementara itu, posting Wawa yang dituju khas buat suaminya itu membuatkan ramai netizen turut suka melihat keperibadiaan Aeril yang begitu penyayang terhadap isterinya.

Bagi mereka,sikap Aeril sebagai suami itulah yang boleh dijadikan contoh buat semua. Kerana itulah, rezeki mereka sekeluarga melimpah ruah kerana taat setia menjaga isterinya.

Salah seorang netizen turut memberi komen, susah senang itulah yang perlu dihadapi bersama dan tidak mencari seseorang yang kaya raya semata-mata. Ramai netizen lain turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga buat Wawa dan Aeril.

Semoga ikatan perkahwinan Wawa dan Aeril kekal hingga syurga ye. Suka betul tengok pasangan sama cantik sama padan ini, romantik betul.

Sumber: Instagram wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!