“Teringin nak nyanyi kat pentas AJL” – Janna Nick

Populariti lagu Gatal nyanyian Janna Nick sememangnya sangat luar biasa. Sehingga kini lagu yang berjudul Gatal nyanyian Janna Nick itu telahpun berjaya meraih sebanyak 1.5 juta video di aplikasi TikTok di mana rata- rata mereka telah menyertai cabaran untuk melakukan aksi merakamkan video sambil berpusing. Rakaman video berkenaan telah di sertai oleh pelbagai negara termasuk lah beberapa negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Kemboja.

Rekod yang di cipta oleh Janna itu sekali gus telah meletakkan lagu Gatal sebagai lagu tempatan yang pertama berjaya meraih pembuatan video melebihi 1 juta di aplikasi Tik Tok itu selain berjaya menarik perhatian pengguna aplikasi itu sehingga ke benua Eropah Timur iaitu Rusia.

Janna yang juga pelakon popular berkata, dia tidak menjangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan terhadap lagu Gatal terutama di platform media sosial.

Janna juga mengucapkan terima kasih kepada pencipta lagu ini iaitu Aepul Roza yang juga merupakan vokalis kumpulan Drama Band.

Hampir empat tahun Janna menyepi dari dunia muzik tanah air, akhirnya single terbaharu Janna Nick ini berjaya mendominasi Carta Muzik Tempatan dan Global TikTok hanya dalam jangka masa tiga minggu selepas video muzik rasmi dilancarkan.

Lagu ini juga adalah kerjasama yang pertama antara Janna dengan Warner Music Malaysia. Sebelum ini Janna pernah mengeluarkan single Mungkin Saja dan juga Akan Bercinta.

Semasa di awal kemunculan lagu Gatal nyanyian Janna Nick ini agak ramai yang mempertikaikan lagu ini kerana beranggapan Janna Nick tak sesuai untuk menyanyi.

Namun begitu siapa sangka di sebalik kritikan yang diterima pada awal-awal pelancaran lagu itu, kini Janna telah membuktikan bahawa lagu Gatal mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Meskipun lirik lagu Janna Nick ini mungkin tidak sepuitis lirik-lirik lagu zaman rock kapak atau rock leleh namun lagu Gatal ini sangat kreatif pada muziknya.

Apatah lagi pula, warga asing juga sudah mula mencari maksud di sebalik lirik lagu Gatal dan berusaha untuk menyanyikan semula lagu berkenaan di dalam TikTok mereka.

Sekurang-kurangnya, perkembangan positif ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu kini telah di terima baik di peringkat antarabangsa.

Menerusi pekongsian terkini Janna di Instagram, penyanyi berkenaan memaklumkan kepada para pengikut beliau bahawa dirinya baru sahaja selesai melakukan persembahan di program Muzik- Muzik dan meminta para peminat supaya mengundi lagu tersebut sehingga ke peringkat akhir.

Jika di izinkan pula, beliau juga berharap agar lagu berkenaan mampu bolos ke Anugerah Juara Lagu pada tahun hadapan.

Menjengah keruangan komen, ramai peminat beliau yang memberikan semangat kepada Janna dan berkata akan mengundi lagu berkenaan sehingga layak ke peringkat akhir pencalonan Anugerah Juara Lagu.

Semoga fenomena lagu Gatal ini mampu melonjakkan lagi nama Janna Nick dan juga mampu mengetengahkan bakat Janna dalam bidang nyanyian juga. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

“teringin jugak nk tgk awak berada kt pentas AJL. teringat time semi final 6 thn lepas, dgn topi besaq tu, hehehe. hope kalini dpt tgk lagi, In Shaa Allah” – Netizen

“kalau ade rezeki insyaAllah kakjanna masuk Ajl okeyy tukaq topik sat, awak taknak post video kat youtube dinijanna ke haha dh berhabuk dah youtube tuhh” – Netizen

“Saya pun nak tengok awak dekat ajl, inshaAllah ada rezeki kak janna Never stop praying the best for youu’ – Netzen

“Well donee kak janna Mestii laa saya voteee. InsyaAllah adaa rezekii kak janna nyanyi dekat ajl nanti okay” – Netizen

Sebagai rekod, lagu Gatal nyanyian Janna Nick ini juga tular di TikTok hingga menarik perhatian infuencer luar negara.

Lagu ciptaan vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza mempunyai kekuatan tersendiri sehingga melekat di telinga sesiapa yang mendengarnya.

Sebelum ini, tular video Asli Guler yang merupakan selebriti media sosial Turki menggunakan lagu Gatal di akaun TikTok miliknya dan sehingga mendapat hampir 8 juta tontonan.

Netizen Malaysia juga meninngg4lkan komen di ruang perkongsian selebriti Turki itu kerana teruja lagu nyanyian Janna itu mendapat perhatian sehingga ke luar negara.

Sumber:  ig janna nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!