“Zali kena mintak maaf dgn penjual kereta tu,now dia dh jadi CEO megah holding”- Netizen

Terbaru, Senariounion. Kembali menyengat apabila Aziz M Osman memgarah kembali filem. Apatah lagi Senariunion. Yang sememangnya sudah mempunyai nama dan peminat di Malaysia. Senario, siapa je tak mengenali kumpulan pelawak ini. Sebut saja Senario, beratur peminat-peminat kumpulan tersebut. Setelah senyap selama 21 tahun, kini kembali dengan filem pertama yang mengandingkan pelakon-pelakon lama.

Sebelum ini, ramai menyatakan kerinduan lakonan kumpulan pelawak Senario. Dan ramai mengulang tayang skrip-skrip filem Senario Lagi. Dan watak Zali sebagai anak kepada Zati (Syanie) dan Azlee (Azlee) dirindui. Oleh kerana itu, Syanie memuat naik video pencarian Zali tetapi tidak tahu sama ada watak Zali ada atau tidak di dalam filem Senariounion tersebut.

Selepas tiga hari Syanie memuat naik video pencarian pelakon cilik Zali, Syanie memnuat naik semula video berdurasi kurang satu minit di instagram Senariounion. Video tersebut menyatakan pencarian Zali telah terhenti dek kerana Zali telah dijumpai. Mereka telah menjumpai Zali atau nama sebenarnya Hariz. Sebelum ini pengikutnya hanya 50 orang sahaja, tetapi kini telah melebihi 600 orang pengikut. Tahniah Hariz.

Menjawap persoalan netizen, samaada Hariz masih memegang watak Zali atau tidak, Syanie tidak memberi jawapan. Di ruangan video soalan tersebut Syanie hanya menjawap “macam mana,pergambarran sudah habis dilakukan”. Katanya. Jadi,masih menjadi persoalan bahawa ada atau tidak watak Zali. Kita lihat nanti. Sama-sama kita bersabar dalam tayangan Senariounion ini akan datang.

Melalui gambar yang dimuat naik, ada beberapa gambar Hariz(Zali). Tetapi tidak dipaparkan watak dan babak yang ada lakonan beliau. Jadi, ia masih dirahsiakan sehingga filem tersebut ditayangkan. Bersabar semua peminat senario. Ia akan ditayangkan di Astro First.

Bila tarikhnya itu belum diketahui lagi. Semoga ia mendapat pulangan yang hebat dan lakonan pelakon yang masih hebat-hebat belaka.

Ramai peminat merindui,Tidak sukar mencari Hariz, tetapi pada Syanie agak sedikit berbeza wajahnya dan dah lebih tinggi dari maknya (dalam watak). Kini Hariz sudah berumahtangga.

Antara babak yang dirindui oleh peminat Senario, ialah Zali mandi di kolam, Zali nak buang air kecil di dalam kereta, dan Zali kelihatan rapat dengan Ayu (Umie Aida).

Rata-rata netizen merindui semua para pelakon dan babak yang agak lucu. Dan semua peminat masih segar diingatan mereka skrip-skrip yang lucu dan kenangan. Kenangan yang amat mereka ingat adalah filem tersebut ditonton semasa mereka masih kecil lagi. Jadi, ia memori yang mengamit kenangan silam dan mengenangkan kembali peristiwa gembira.

Kemunculan filem baru mengubat kerinduan peminat Senario, iaitu Senariounion. Nantikannya. Akan ditayangkan tak lama lagi. Semoga ia akan mengubat hati penonton dan semua peminat Senario berpuas hati dengan hasil karya Aziz M Osman. Jangan lupa ikuti instagram si Zali tu. Alhariz.

Sumber: IG senariounion

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!