“Yang last tu kenapa tu mesti bongsu kan, kesian dia” – Netizen

Ramai sudah tahu Mark Adam mempunyai banyak kucing jagaan beliau. Semenjak lahirnya anak-anak kucing yang cepat membesar, rasanya macam baru je semalam kucing beliau melahirkan. Sekarang anak-anak kucing tersebut telah besar semuanya, malah makin sihat-sihat semuanya. Malah anak-anak kucing tersebut semuanya telah mempunyai perangai tertentu, selain itu Mark telah memberikan mereka nama-nama.

Mungkin hanya Mark saja yang mengenali, para pengikut Mark masih belum mengenali mereka semua satu per satu. Mark juga suka berkongsikan aktiviti beliau bersama kucing-kucingnya.

Bukan saja menggemari kucing tersebut dek kerana gelaran dan uniknya kucing tanpa bulu, ditambah pula kerana senang cara penjagaannya. Mark juga berkongsi tentang berapa kos anggaran setiap bulan di video perkongsian sebelumnya.

Mark Adam bersama isteri masih belum dikurniakan anak, sementara belum memiliki cahaya mata, ada baiknya menjaga kucing-kucing ini. Banyak menjadikan mereka sebagai penguat semangat.

Dalam video terlihat Mark mengatur kucing-kucing tersebut keluar dari sangk4r, tetapi ada seekor yang seolah mengalah, dan memberikan yang lain jalan dahulu.

Ada yang tersangkut pun, tetapi yang seekor ini tetap menunggu sehingga semua selesai dan baru cuba keluar daripada sangk4r. Mungkin itu yang bongsu. Mengalah, tetapi selalunya yang sulung yang mengalah.

Meskipun lewat hari waktu balik dari kerjanya, tetapi masa tetap akan diluangkan untuk kucing-kucing beliau. Seronok betul melihat cara Mark membelai dan menjaga kucingnya.

Inilah komen-komen netizen, ada juga yang teringin menjaganya. Ada juga meneka bahawa yang terakhir itu kucing yang bongsu. Dan banyak lagi komen-komen netizen.

Mark Adam sudah berkecimpung didalm dunia seni hampir 10tahun lamanya. Tatkala itu belum fasih berbahasa Malaysia tetapi kini, beliau telah fasih dan banyak drama yang beliau lakonkan. Tahniah Mark.

Sumber: ig markadam1079

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!