“Yang baju hijau tu terus saw4n tengok bil”- Maria JJCM

Rakan atau sahabat ini adalah antara orang yang paling dekat dalam kehidupan kita. Sememangnya sukar untuk kita menolak hakikat bahawa sahabat baik inilah yang menjadi peneman dan sebahagian memori terindah sepanjang kehidupan kita di dunia ini. Lebih berharga lagi apabila dalam sebuah persahabatan itu munculnya sifat setiakawan yang sudi susah dan senang bersama.

Mana tidaknya, hampir separuh hayat kita telah meluangkan masa bersama rakan. Tidak kiralah kawan di sekolah, universiti mahupun di pejabat, mereka saling membantu tatkala kita dalam keadaan susah dan senang.

Tak dinafikan, hampir semua orang memiliki sahabat baik mereka sendiri. Termasuklah selebriti Sheila Rusly yang cukup rapat dan mempunyai hubungan sahabat baik dengan selebriti Sharifah Shahora serta Maria Tunku Sabri.

Keakraban mereka jelas dapat dilihat menerusi gambar dan video yang dikongsi Sheila di laman Instagram. Walaupun masing-masing sudah berumur sekitar 48 tahun hingga 52 tahun, tiga sahabat ini cukup rapat dan bahagia bersama.

Baru-baru ini, Sheila sekali lagi memuatnaik video lucu yang memaparkan gelagat tiga sekawan ini menerusi posting di Instagram.

Lebih melucukan apabila gelagat masing-masing yang kelihatan ‘terkejut’ melihat bil makanan mereka. Agaknya berapa lah harga makanan untuk seorang kan? Hehehe..

Malah, gelagat Maria lebih menjadi perhatian apabila reaksinya paling menghiburkan netizen. Mana tidaknya, beliau yang belanja makan. Memang terkejut besar tengok bil makanan itu.

Sementara itu, kapsyen ditulis Sheila berkaitan persahabatan menerusi posting video tersebut cukup menyentuh hati. Bagi Sheila, sahabat adalah seseorang yang selalu membantu kita di kala susah dan senang serta mendengar masalah tanpa mengaibkan kita.

Posting video Sheila telah menerima tontonan yang tinggi sehingga mencecah 354,000 tontonan dan 250 komen daripada netizen.

Syukur Alhamdulillah Sheila Rusly dikelilingi sahabat yang baik. Betul, sahabat baik ini jugalah rezeki buat kita. Jarang nak jumpa sahabat baik yang sentiasa ada susah dan senang.

Sumber: Instagram sheilarusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!