“Itu help help hahaha cute” – Netizen

Memang lumrahlah apabila mak nak buat kerja barulah semua memainkan peranan nak bertanya itu ini, dan meminta tolong dan lain-lain malah semua mengharapkan mak juga. Sama seperti anak dan suami Hanis Zalikha, namun mereka meminta tolong secara manja dan lemah lembut. Malah kelembutan suara meminta tolong dalam bahasa inggeris membuatkan mereka mendapat perhatian netizen.

Sedang merakam untuk mempromosikan inner tudungnya, ketika itulah kedengaran suara suami dan anaknya meminta tolong, dengan nada lembut sahaja bahasanya dan berulang kali.

Dapat dilihat muka Hanis pun bertabah dengan kerenah anak-anak dan tetap meneruskan rakaman dek kerana sudah dirakam dan diberhentikan rakaman berulang kali. Bila terdengar suara anak sulungnya sangat manja, rasa comel sangat anaknya.

Ramai memuji kecantikkan Hanis malah bajunya dan gabungan tudungnya juga sangat sesuai. Ramai yang memuji dan mahukan sama seperti yang dipakai olehnya. Senang berniaga jika semua berkenan.

Lihatlah video Hanis melayan saja suami dan anaknya walaupun sedang merakam video jualan inner tudungnya. “Help, help”, kata lembut anak sulungnya. Ramai yang terhibur mendengar alunan kata-kata tersebut.

Pasangan ini sentiasa menjadi contoh buat masyarakat bukan sahaja cara mendidik anak-anak malah cara berkomunikasi pun menarik minat peminat.

Pelbagai komen-komen yang diberikan di ruangan komen mengatakan tentang lucunya suara anak sulung Hanis yang meminta tolong. Malah manja dan bersabar saja menanti maknya tolong.

Lihatlah komen-komen yang pelbagai diberikan. Semuanya mendengar jelas permintaan anak sulung Hanis itu dan menyatakan bahawa mereka geraam je dengar suara anaknya itu.

Hanis juga sama seperti suaminya yang sukakan aktiviti lasak dan mereka mengajar anak mereka juga turut serta. Anak mereka pun menyukainya.

Sumber: ig haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!