“Ya Allah, aku ingat anjiing tadi”- Yatie Sendayu Tinggi

Usahawan terkenal Dato Aliff Syukri terkenal dengan gelagat lucunya dan popular dengan gelaran ‘raja viral’. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati ramai netizen malah Aliff Syukri sentiasa cekal berdepan dengan pelbagai kontroversi. Selain Aliff Syukri, ahli keluarga yang lain termasuk ibunya, Bonda Rozita dan kakaknya, Yatie Kamarzaman turut menjadi perhatian pengikut-pengikut mereka di laman sosial media.

Baru-baru ini, Aliff Syukri telah berkongsi fotonya bersama anak-anak menerusi laman Instagram. Mata netizen lebih tertumpu kepada haiwan peliharaan yang dipegang Aliff Syukri di dalam foto tersebut.

Kebiasaannya haiwan peliharaan yang dipelihara iaitu kucing dan anjing bagi yang bukan beragama islam. Namun berlainan buat Aliff Syukri yang lebih memilih kambing sebagai haiwan peliharaannya. Semestinya ia bukanlah satu kesalahan untuk membela kambing,malah lebih digalakkan.

https://www.instagram.com/p/CTdwZlKJwkD/?utm_medium=copy_link

Foto Aliff Syukri bersama anak-anak membawa dua ekor kambing bersiar-siar pada waktu pagi di sekitar kediaman mereka telah menjadi mencuri tumpuan kakaknya, Yatie selepas melihat foto tersebut.

Pada awalnya, Yatie menyangka haiwan yang dibawa bersiar-siar oleh adiknya itu adalah dua ekor anjing. Namun sebaliknya ia adalah dua ekor kambing.

Netizen juga ramai mngalkan komen menerusi posting Aliff Syukri di Instagram itu. Ada sahaja netizen yang sengaja menyakat Aliff Syukri dan tidak menyangka kambing antara haiwan peliharaan Aliff Syukri yang terkini.

“Dato ni memang lain dr yang lain lah, Untungnya kambing dato, dapat merasa duduk rumah banglo”- Netizen

Foto Aliff Syukri telah menerima hampir 23,000 tanda suka beserta komen daripada netizen.

Lepas ni boleh lah Dato bela haiwan yang unik lagi.. Comel tengok dua ekor kambing Dato, steady je.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!