“Great job Adam, bangga dgn awak” – Netizen

Semenjak kebelakangan ini, cuaca burok sering berlaku di negara kita. Terutama sekali di negeri Sabah. Baru-baru ini kebanyakkan daerah di Sabah dilanda bnjir yang telah mengakibatkan banyak ker0sakkan bukan sahaja hasil tanaman seperti padi, tetapi juga harta benda. Kesian betul dengan penduduk Sabah ni. Disebabkan oleh perkara ini, tampil banyak individu dan persatuan yang ingin membantu meringankan beban mereka yang terlibat dengan situasi bur0k ini seperti Adam Shamil, seorang Influencer yang merupakan anak jati kelahiran negeri Sabah.

Adam Shamil dikenali melalui video-video yang dihasilkan dalam akaun Youtube beliau. Walaupun masih muda, Adam Shamil sudah mencecah ratusan ribuan followers di kesemua akaun media sosial beliau.

Baru-baru ini, Adam Shamil tampil dengan satu inisiatif yang amat mulia iaitu ingin memungut sumbangan derma sebanyak RM50,000 bagi mngsa-mngsa bnjir di Sabah terutama sekali di Kampung Hungab & Sugud di Penampang dan Kampung Labak di Kinarut.

Bncana bnjir yang berlaku di Sabah pada kali ini merupakan bnjir yang paling teruk pernah berlaku bagi penduduk di kedua-dua daerah ini. Banyak penduduk yang terkesan dengan bencana ini dan menyebabkan tekanan emosi buat mereka pada masa sekarang.

Walaupun baru sahaja memperkenalkan inisiatif ini pada beberapa hari yang lalu, jumlah kutipan sumbangan derma yang berjaya dikumpulkan sudah mencecah RM40,000.

Wah, baik hati sungguh warga Malaysia. Ternyata banyak yang bersimpati dengan nasib malang penduduk Sabah terutama di daerah Penampang dan Kinarut.

Semasa usaha pemungutan sumbangan ini sedang dilaksanakan, Adam Shamil mendapat pujian daripada semua warganet disebabkan oleh inisiatif beliau yang amat mulia ini. Jelas sekali semua netizen menyokong padu usaha ini melalui komen-komen yang ditulis dalam media sosial beliau. Sangat terharu apabila misi Adam Shamil ini mendapat komen positif daripada semua pihak.

Gambar inisiatif ini yang dikongsikan beliau pada 12 jam yang lalu menerusi akaun Instagram beliau telah mendapat sebanyak 1,167 like dan video pendek Adam Shamil yang berdurasi selama 1 minit 53 saat itu yang baru dikongsikan beliau pada 10 jam yang lalu telah menerima sebanyak 11,776 tontonan.

Kita doakan agar Adam Shamil berjaya mengumpul sumbangan dana melebihi target yang telah ditetapkan agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga yang terjejas disebabkan oleh bencana ini.

Bagi penduduk Sabah yang sedang berdukacita pada masa ini, tetaplah kuatkan semangat dan sentiasa bersabar kerana situasi buruk ini pasti akan berlalu.

Buat para pembaca yang mahu menderma, bolehlah melayari akaun Instagram Adam Shamil dimana beliau ada sertakan nombor akaun Maybank beliau. Semoga terus dilimpahi dengan rezeki bagi para pembaca yang murah hati.

Sumber: Instagram Adam Shamil

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*