“Fuh triple F, mantap” Issey dedah wajah dan nama zuriat pertamanya

Issey atau nama sebenar beliau Fazlisham Mat Hassan baru- baru ini telah pun menerima cahaya mata pertama beliau setelah hampir dua tahun mendirikan rumahtangga bersama isteri Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu Kelantan. Sebagai rekod, Aimi Jamel merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Penyampai radio Gegar FM ini bertuah menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya itu pada hari di mana rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 64 yang jatuh pada 31 Ogos yang lalu.

Pada mulanya Noor Aimi dijangka bakal bersalin sekitar bulan September ini namun tidak menyangka Issey dan isterinya itu bakal menyambut ketibaan bayi berkenaan lebih awal.

Issey pernah berkongsi perasaan teruja dan gembira beliau apabila mendapat tahu isterinya sedang hamil kerana melalui pengalaman kali pertama menjadi bapa daripada zuriat sendiri. Beliau dan isteri juga sudah mengetahui jantina bayi yang bakal lahir setelah membuat pemeriksaan ketika kandungan isterinya berusia 6 bulan sebelum ini.

Terkini menerusi perkongsian Issey di Instagram, beliau telah mendedahkan wajah dan nama anak beliau kepada para pengikut akaun Instagram beliau. Kongsi Issey, nama penuh anaknya itu adalah Faaeq Fathian Bin Fazlisham. Di mana Faaeq membawa maksud tertinggi, ulama dan terkemuka. Manakala nama Fathian pula membawa maksud kemenangan.

Besar harapan Issey semoga anaknya itu menjadi anak yang mempunyai akhlak dan iman yang tinggi setanding nama yang di berikan oleh beliau dan isteri.

Kongsi Issey lagi, nama anaknya itu juga seiring dengan tarikh kelahiran yang jatuh pada tarikh kemerdekaan negara iaitu 31 Ogos 2021.

Anak lelaki Issey yang dilahirkan sekitar jam 1.48 petang pada hari keramat 31 Ogos itu begitu comel sehingga ramai netizen yang memuji kecomelan wajah anak Issey itu serta pemilihan nama yang cukup indah di berikan oleh Issey serta isteri beliau.

Ruangan komen entri Issey tersebut dihujani ucapan tahniah daripada rakan- rakan artis dan juga netizen.

“Orang kata bayi yang lahir pada hari merdeka banyak dapat keistimewaan. Untung anak Issey dan isteri. Alhamdulillah rezeki anak merdeka kan. “ – Netizen

“cantik nma anak . Sama dgn nama ank saya fathian . Panggil ian . Alahai rindunyaaa baw budakkk … Tapi dia telah pergi selamanya setelah 10 hari berjuang …” – Netizen

Entri beliau berkenaan turut di sertakan doa dan harapan Issey buat anak lelaki sulungnya itu agar membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara suatu hari nanti.

Kelahiran anak lelakinya itu menjadikan hari sambutan merdeka mereka sekeluarga pada tahun – tahun akan datang menjadi amat bermakna dan bertambah meriah. Tahniah sekali lagi buat Issey dan isteri.

Sumber : Instagram issey fazlisham

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!