“Woww rupanya pandai speaking london, selalu up gmbr xde suara je” – Netizen

Bagi peminat si cilik, sudah pasti anda mengenali anak perempuan kesayangan Ctdk yang bernama Siti Aafiyah. Rupa paras dan juga sikapnya yang sopan santun persis ibu nya. Hal ini hasil dari didikan ibunya juga, bak kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Beruntung cinta hati Ctdk yang comel tu.

Ctdk dan ahli keluarga makan angin di Dubai, destinasi idaman ramai. Syok je tengok Aafiyah happy jalan-jalan dekat sana. Apa yang lebih menarik hati setelah di laman instagram Aafiyah telah dimuat naik video beliau dan Aafiyah makan-makan di Dubai.

Aafiyah yang ketika itu bertanya kepada ibunya “Ibu tahu macam mana nak buat pancake ?”, dan ibunya menjawab “Ya sayang, ibu tahu”. Wah Aafiyah suka makan pancake rupanya, telatah nya yang comel menarik perhatian para netizen.

Ramai yang memuji dengan tingkah laku Aafiyah yang sopan dan manja tu.Begitu lemah lembut bertanya kepada ibunya. Juga, ada yang memuji Ctdk juga. Walaupun dengan hanya ,menjawab “Ya”, tapi amat merdu suaranya.

Mentang-mentang Ctdk ni penyanyi professional, bercakap dengan bersahaja pun boleh jadi merdu suaranya. Untung jadi penyanyi handal seperti Ctdk.  Belum lagi menyanyi, lagilah merdu suaranya.

Sememangnya sikap Aafiyah selalu dipuji ramai kerana walaupun masih kecil, tetapi sudah diajar untuk bersopan-santun dan menghorm4ti orang ramai. Biarpun Aafiyah anak orang ternama tetapi tidak somb0ng langsung. Mungkin hasil didikan orang tuanya juga.

Hal ini berikutan, Ctdk yang menyatakan bahawa puteri sulungnya itu tidak meragam langsung ketika dalam flight dengan ketiaadaan ayahnya, Dato K. Bagus kan Aafiyah ni, senang kerja ibu boleh fokus kepada adik Afwa.

Sememangnya nilai jati diri ini patutlah disemai oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil lagi supaya akan dinormalisasikan sehingga meningkat dewasa.

Kalau terlambat, susah juga hendak bentuk jati diri anak ni, bak kata pepatah ‘Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya”.

Justeru, sikap Aafiyah yang lemah lembut itu telah mendapat perhatian ramai. Agaknya lepas balik Malaysia tiap-tiap hari kot Aafiyah minta ibunya buatkan pancake. Suka sangat lah Aafiyah nanti  selalu dapat makan pancake.

Sumber : Ig Aafiyahkhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!