“Wow ni dah level ariana grande ni”- Netizen

Penyanyi Ayda Jebat terkenal dengan kelincahannya yang suka menari . Bertubuh kecil membuatkan beliau kelihatan handal dalam pelbagai tarian sambil bernyanyi. Tak dinafikan, stamina penyanyi ini cukup bertenaga walaupun sudah bergelar seorang ibu. Memang banyak kelebuhan yang kita lihat pada Ayda, pandai menari menyanyi dan berlakon. Satu pakej katakan..

Kita sedia maklum, Ayda antara selebriti yang popular dalam kalangan netizen. Karier beliau bermula daripada seorang pelakon membuatkan dirinya cukup dikenali.

Selepas aktif berlakon, Ayda juga aktif bernyanyi dan telah mengeluarkan beberapa lagu nyanyiannya.

Semua lagu nyanyian beliau diminati ramai peminat sehinggakan konsert yang menampilkan Ayda telah membuatkan peminatnya teruja melihat penyanyi kesayangan mereka beraksi di atas pentas.

Baru-baru ini, Ayda telah muncul secara langsung menerusi konsert Absolute Music Fest yang telah diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Dengan kehadiran ramai peminat, Ayda disambut peminat dari segenap usia. Beberapa lagu nyanyiannya yang agak catchy juga mampu menarik minat ramai peminatnya.

Namun ada juga sebahagian netizen menegur pakaian yang dipakai Ayda dan menasihati beliau untuk lebih berhati-hati apabila memilih baju yang dipakai beliau.

Posting video menerusi salah sebuah Instagram telah memaparkan Ayda bersama kostum berwarna merah dan menampakkan bentuk tubuhnya.

Video Ayda telah menerima 500,000 tontonan dan 24,000 tanda suka selepas memuatnaik video berkenaan.

Lincah betul Ayda jebat menari. Memang sesuai Ayda jadi penyanyi, suara pun sedap dan persembahan bertenaga.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!