“Dia yang bersin dia suruh orang shhh pulak”- Netizen

Pelakon aksi yang sedang meningkat naik iaitu Hairul Azreen kini muncul dengan naskhah terbaru iaitu filem “The Assistant”. Jika sebelum ini ramai yang memuji lakonan beliau dalam filem Paskal kini, bakat Hairul sebagai pelakon aksi semakin mendapat perhatian orang ramai. Ramai yang mula membuka mata terhadap lakonan Hairul malahan pelakon itu juga mengaku ramai yang memuji lakonannya selepas menonton naskhah yang diberi judul The Assistant tersebut.

Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon dan model Hanis Zalikha pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup bersama pasangan ini di kurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan juga Alisa Aisyah.

Sebelum ini Hairul dan Hanis meraih perhatian para netizen apabila mereka menerima pelawaan menaiki kapal mewah daripada Tan Sri Vincent Tan. Pada awalnya pengarah filem Ada Hantu itu menjelaskan bahawa mereka sekeluarga sudahpun bergerak pulang daripada pulau Redang setelah beberapa hari meluangkan masa bercuti disana. Bagaimanapun, beliau secara tidak sengaja telah bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan.

Billionnaire itu kemudiannya tidak teragak-agak terus mempelawa mereka sekeluarga untuk menaiki kapal mewahnya. Hairul menyifatkan pelawaan daripada Tan Sri Vincent Tan berkenaan sebagai ‘langkah kanan’ dan merupakan rezeki daripada anak-anaknya.

Kecomelan dan gelagat anak- anak kepada pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah sekian lama sering di paparkan di media sosial peribadi kedua dua anak mereka.

Sehingga kini para pengikut Instagram buat kedua anak mereka telahpun mencecah beberapa juta pengikut. Anak- anak pasangan ini juga mempunyai para pengikut mereka yang tersendiri.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Yusuf Iskandar, satu video baru telahpun di muatnaik. Video berkenaan berkongsikan mengenai sambutan hari lahir Yusuf yang di lakukan secara kecilan bersama Hairul, Hanis dan juga Alisa Aisyah.

Pada permulaan video, wajah Yusuf kelihatan agak muram memandangkan Hairul mengatakan bahawa mommynya Hanis sedang m4rah ketika itu.

Namun reaksi wajah Yusuf kemudiannya terkejut bercampur gembira apabila Hanis menjelaskan ianya hanyalah gimik untuk memberikan kejutan hari lahir buat anaknya itu.

Gelagat Alisa yang teruja mahu memberikan kejutan buat abangnya juga mencuri perhatian apabila meminta Hanis untuk diam namun kemudiannya kanak- kanak itu secara tidak sengaja bersin. Kelakuan Alisa yang cukup comel itu mencuit hati netizen yang merasa geram dengan gelagat lucu kanak- kanak berkenaan.

Menjengah keruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa geram dengan kecomelan gelagat Alisa. Tidak puas rasanya menonton gelagat kanak- Kanak tersebut di media sosial menerusi video pendek dan gambar yang di muatnaik oleh ibu bapa mereka. Comelnya Alisa ni kan.

Sementara itu, buat para pengikuti yang sudah menjadi peminat setia Yusuf Iskandar sejak akaun Instagram kanak- kanak lelaki itu di wujudkan berkata mereka juga merasa terharu melihat Yusuf yang kini sudahpun membesar menjadi seorang kanak- kanak yang cukup bijak dan juga petah berkata- kata. Malahan keperibadian Yusuf yang sangat lembut dan sopan sering mendapat pujian netizen.

Sempena meraikan ulang tahun kelahiran yang ke 6, ramai yang menulis ucapan selamat hari lahir dan juga doa yang baik buat anak sulung pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen itu.  Berikut di kongsikan komen rakan artis dan netizen.

“Yusuf is 6 So it’s 6 full years I’ve been a fan already. Happiest birthday little one. May you continue to grow healthily, with all that you wish for “ – Netizen

“Ya Allah Yusuf dah besar sekarang. Follow dia start lahir sekarang dah 6 tahun Happy Birthday Yusuf “ – Netizen

“Selamat hari lahir Yusuf Iskandar Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.. Semoga menjadi ank yg soleh dunia dan akhirat… aamin2” – Netizen

“Happy 6th birthday Yusuf Iskandar, May Allah bless you always and always be healthy boy okayh,and jadi anak yang soleh to mommy and daddy okayh , all of us love you so much thank you for the smile that you give to us since you were baby till now “ – Netizen

Setiap kali pasangan ini berkongsi aktiviti bersama anak-anak, pasti akan ada sahaja yang menjadi bualan Netizen. Terutama anak mereka yang kedua iaitu Alisa Aisyah. Wajah Alisa yang sangat comel serta gelagat kanak- Kanak tersebut yang sangat menghiburkan buatkan para Netizen sering tak Kering gusi melihatkan Alisa.

Sementara itu, perkongsian video di Instagram Yusuf yangbaru sahaja di muatnaik itu telah mendapat sebanyak 67461 tanda suka daripada warganet dan menerima sebanyak 385 komen daripada para peminat dan juga netizen. Pejam celik Yusuf dah masuk 6 tahun dah. Semoga Yusuf menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Sumber: Instagram yusuf iskandar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!