“Wlpn pangkat Dato dan Datin, tetap pakaian humble je” – Netizen

Berjalan dengan anak-anak yang masih kecil kadang bukan mudah. Masing-masing dengan ragam dan peelnya. Jadi ibu bapa lazimnya akan buat persediaan rapi sebelum bawa anak keluar khususnya semasa bershopping. Begitupun kadang tak ter’control juga. Ada anak yang buat hal, ada juga berlari ke sana-sini. Begitupun melihat keluarga pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia ni lain pula.

Mereka memperlihatkan sisi membawa anak-anak kecil bershopping kelihatan sangat rileks dan santai saja. Si kecil empat anak dara mereka tu pun behave jer… Nampak macam mudah je jaga anak kan…

Nak buat persiapan persekolahan, pilih kasut anak-anak pun santai-santai. Fizz siap boleh buat lawak pula tu… Ada ke jurujual kasut tu dipanggilnya ‘waiter’. Biasa kat tempat makan je panggil gitu… Adeh…

“Suka tengak family ni ceria selalu laki lak x lupa diri”, “Ingat masuk restaurant kalau dato buat kelakar mmg class”, “Momen dgn anak2 yg tak mungkin kita lupa. Satu hari nti teringin nk jumpa famili ni.”.

“santai2 je shopping,relax btul,bgus btul anak2 dara ni ek”, “Suka tgk family ne.. simple seadanya”, “Waiter pun boleh la dato fizz”, “Family contoh… Love sangat.”, “Suka tgok.. happy.. simple je.semoga bahagia akhir hayat”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang yang meluahkan sememangnya suka melihat keluarga ni yang sentiasa happy dan kelihatan sederhana saja kehidupan dalam serba serbi walaupun mampu.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama membesarkan empat cahaya mata dengan jarak usia seperti anak pasangan ini. Bukan juga mudah, nak kena jaga diri sendiri juga…

Macam biasa, masih ada jua mulut-mulut pvaka menegur fizikal Almy yang berisi pada masa ini hinggakan menasihatinya yang tidak-tidak. Ramai juga mendoakan agar keluarganya tak diganggu ‘peny0ndol’.

Fizz sebelum ini pernah berkongsi dengan media yang beliau tak kisahpun tentang badan Almy begitu, tetap sayangkannya seperti mana di awal perkahwinan mereka dulu. Almy pun pandai jaga anak dan rumah tangga.

Untuk info, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Afrina Ariana, 6; Afrina Aurora, 5; Afrina Ayra, 4; dan anak angkat, Afrina Darwisyah, 12.

Sumber : IG Datin Almy Nadia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!