“Wife bukan tak sporting tapi nak suruh dato jaga batas”-Netizen

Pasangan romantik Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida sentiasa mencuri perhatian ramai netizen. Banyak video yang mereka kongsikan, pasti menerima banyak tontonan meskipun kadang-kala ia bertujuan untuk mempromosikan produk perniagaannya. Tak dinafikan, cara mereka mempromosikan produk itu memang kreatif dan berjaya menarik perhatian netizen. Korang pasti pernah tonton video mereka di Instagram kan?

Dalam mempromosikan produk perniagaannya, kebiasaannya Datin Shahida dipilih menjadi model bagi produk tudung yang dijualnya. Ramai netizen sendiri akui, mereka lebih selesa dan lebih suka melihat Shahida mperagakan koleksi produk mereka.

Tidak perlu mengupah model lain, Shahida sendiri pun sudah sesuai dan cantik jadi model tudung hehe..

Namun ada juga model lain yang memperagakan produk jualan. Dan ada sebahagian video yang menunjukkan Aliff Syukri dan model berkenaan mempromosikan produk itu.

Seperti baru-baru ini, sebuah video menunjukkan Aliff bersama salah seorang model dan Shahida. Video berkenaan menghiburkan netizen dengan gelagat mereka yang lucu itu.

https://www.instagram.com/p/CduoaYzAPRA/

Ada sahaja gelagat mereka yang mencuri perhatian netizen. Walaupun bertujuan untuk marketing mereka sendiri, tetap berjaya menarik perhatian netizen untuk menontonnya.

Video yang dimuatnaik Aliff itu telah mencapai 267,000 tontonan dan ramai netizen memberi komen pada posting video tersebut.

Salah satu komen netizen menerima perhatian daripada Aliff Syukri. Ini komen yang ditulis netizen tersebut.

Kata netizen berkenaan, Shahida bukanlah tidak sporting seperti yang ditulis Aliff di kapsyen videonya namun ingin suaminya menjaga batas pergaulan bersama wanita

Kelakar betul tengok Dato Aliff Syukri dengan Datin Shahida ni. Ada je gelagat mereka yang mencuit hati. Lepas ini dato banyakkan lagi buat video dengan Datin, best hehe..

Sumber: instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!