“Hi puteri daddy, jgn naakal macam mummy tau” – Ryzal Ibrahim

Tahniah buat pasangan YouTuber terkenal Ryzal dan Maryam kerana Maryam telah selamat melahirkan cahaya mata yang sulung sebentar tadi. Pasangan ini yang terkenal melalui saluran DurianKimchi di YouTube baru-baru ada mengongsikan posting mengenai Maryam yang akan dimasukkan dalam ke w4d bersalin sekitar jam 8 malam pada 2 hari yang lalu. Tidak terlalu lama juga penantian Maryam dan Ryzal untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka.

Menurut Ryzal dalam ruangan komen posting Maryam, anak sulung Ryzal dan Maryam ini berjantina perempuan. Ryzal juga sempat berpesan seraya berseloroh kepada puterinya melalui ruangan komen agar tidak mengikut gaya ibunya yang nakal.

Pasangan manis yang baru sahaja berkahwin ini nampaknya begitu teruja sekali semasa menyambut kedatangan puteri sulung mereka di dunia ini. Semasa tengah sarat mengandung, begitu banyak cabaran yang dilalui oleh Maryam namun semua itu telah menjadi kenangan manis buat kedua-dua mereka setelah Maryam berjaya melahirkan puteri sulung mereka.

Sebelum dihantar ke dalam w4d bersalin, sempat lagi Maryam dan Ryzal menikmati hidangan makanan yang lazat. Menurut Ryzal, makanan yang sepatutnya dihidangkan untuk empat orang itu berjaya dihabiskan oleh hanya mereka berdua.

Menerusi foto perkongsian Maryam dalam akaun Instagramnya, bayi dan juga dia berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Maryam turut berterima kasih kepada mereka yang sudah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dia dan bayi. “Allah mudahkan bersalin,” ujar Maryam.

Walaupun ini merupakan anak pertama mereka, namun kedua-dua pasangan ini nampaknya kelihatan seperti tidak kekok dan sudah terbiasa untuk mendukung bayi mereka. Ujar netizen, mata puteri kecil mereka ini kelihatan seperti mata Maryam yang sepet manakala hidung bayi tersebut sama seperti hidung Ryzal.

Hebat netizen meneka rupa paras yang diwarisi oleh anak kecil ini padahal hanya sebahagian wajah si kecil yang dapat diperhatikan. Yang pastinya, puteri Ryzal dan Maryam pastinya membesar menjadi gadis yang jelita sama seperti ibunya yang berdrah Korea.

Rata-rata netizen turut bersukacita dengan berita gembira yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri YoutTubers ini. Masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat mereka.

Tidak sabar rasanya menunggu saat Ryzal dan Maryam mengumumkan nama puteri mereka ini. Apa-apapun, semoga Maryam dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Selamat berpantang buat Maryam.

Sumber: Instagram Maryam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!